mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Saturday, March 5, 2011

Siapa suamimu di syurga nanti?

assalam semua,kali ni aku nak share cerita di bawah ni,pada sesiapa yang nak tahu sape suami kite kat syurga...jom baca...aku baca artikel ni pun kat member aku dalam facebook,so pe lagi aku terus copy n paste..

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1:

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

* Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2:

Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

* Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3:

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

* Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4:

Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

* Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5:

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu

* Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6:

Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain

* Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani

p/s:cerita ni by syahirul.com...

2 comments:

witLURVE said...

waaa.. best nyee...

ayu sleeping said...

memg la best,tapi kita x tahu nasib kita akn datang