Thursday, December 22, 2011
hari yang bahagia
pada mulanya aku dah rasa aku dah ada isi dalam perut aku ni...so nak lebih kepastian,aku try test...hasil uji kaji pada malam tu terhasi(minggu lepas)l...ada 2 line....en.suami tersenyum lebar...............hiiiiii,malu...nak tengok tak hasil tersebut cuba lihat dibawah ini....
rambut fira kalau di ikat(nampak la panjang sikit rambutnya) ...lama gila ibu tunggu rambut fira lebat...tapi ibu tengok cam tu jugak....nak masuk 3 tahunpun still sama je.... geram tengok anak orang yang rambut lebat-lebat ni...rasa nak amek sikit....
Tuesday, December 6, 2011
cara potong kuku dengan betul
sila lihat di bawah ini....
Friday, November 18, 2011
ada jugak seni aku untuk melukis..
assalamualaikum....
di pagi jumaat yang indah...
dear blogger,tiba-tiba hati aku nak jadi seorang pelukis pulak....eceh-eceh boleh ke? boleh kalau kita sentiasa berusaha,pastu akan dapat pencapaian yang terbaik...tapi setakat nak lukis gambar pokok,ayam,angry birds tu boleh la....senang je...hasilnya dibawah ni....walaupun lukisan aku ni tak berapa nak cantik,tapi dalam hati aku tak seburuk lukisan yang aku lukis untuk tatapan korang semua...aku lukis gambar tu guna mouse,gi kat start-all programs-accessories-paint...ni baru lukis kat PC,kalau lukis guna tangan dan hati maybe cantik sikit kot....
dulu masa tecik-tecik suka jugak melukis kartun...tengok gambar kartun tu,pastu lukis....kalau nak lebih cantik lukisan tu,,,kita tekap...maknanya kita letak kertas kosong kat gambar yang nak lukis tu,pastu kita ikut je balik hasil tekapan itu...korang faham tak...kalau tak faham..abaikan je la...buat faham sudah....
Monday, November 14, 2011
Greyson Chance di AIM 18
Thursday, November 10, 2011
mood:kecewa kebelakangan ini
mood nak menghupdate blog terbantut la....lidah aku luka,mybe aku makan udang banyak kot....ape kena mengena dengan udang....sebelum aku makan udang tu,tak kisahlah udang sambal ke,udang gOreng crunch ke..terlebih dahulu aku akan hisap udang tu dulu...sedap ok...rasanya manis lemak berkrim...tipu je...tak de krimpun...
so sekarang aku kena makan slow-slow....sebab lidah aku tak elok lagi...rasa pedih-pedih lagi...hrrmmm so sad...ni entry pendik,sementara jam menunjukkan pukul 5...
Friday, November 4, 2011
selamat bercuti dan selamat hari raya aidil adha...
leh makan masakan mak,ayam masak kicap,rendang ayam...
kampunglah tempat aku bergembira bersama keluarga tercinta...
Monday, October 31, 2011
selamat tinggal bulan oktober 2011
penat sungguh kita fikirkan perkara yang merumitkan...tapi apakan daya apa yang berlaku pada diri kita,mesti kena rempuh jugak atau selesaikan masalah yang merumitkan itu.Dalam fikiran aku lah, banyak perkara yang aku fikirkan...kadang-kadang stress memikirkannya...mungkin orang lain diluar sana sangat gembira dengan keadaanya,tapi aku masih kusut buntu dengan penantian selama ini...
sekarang!!!dah akhir bulan october 2011,esok dah bulan baru...sebulan lagi dah tahun baru....alamak....makin bertambahlah usia aku,makin bertambahkah rezeki aku??...tu semua ALLAH yang tau,kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaannya didunia dan diakhirat...amin ya rabbal alamin.
Friday, October 28, 2011
pagi-pagi dah jem kat padang jawa
keluar nak pergi kerja, start kereta....
aku keluar dari lorong rumah aku...
aku toleh kiri....mak oiii jem siot....
hehe dalam hati otak dah terlintas,
confirm lambat la aku masuk office....
alang-alang lambat ,macam biasa la,
aku suka ikut jalan shortcut.....
pastu singgah jap beli nasi lemak,my faveret eat....
kata lambat, slow-slow la bawak kereta...(tipu je)
jangan harap la aku bawak kereta slow,
lambat ke cepat ke....laju tak laju la aku drive...
smapai office,nasib baik aku dapat parking cantik sikit...
kat bahagian depan...ok la tu....
korang cuba teka aku lambat berapa minit....1,2,3.....
haha yang pasti aku pecah rekod....tak pernah aku lambat cam ni..
8.06 minit der...sobs....haha pedulik hape...
ni office aku yang punya....cittt....
Tuesday, October 25, 2011
pagi-pagi buat aku hot....
tak maju la bisnes....
tak boleh lebih kurang langsung...
macam.......bagus je!!!
jaga lah hati pelanggan sikit...
cekik darah betul...melampau...
ingat tak nak ungkit pasal ni,,,
tapi nak luahkan serba sikit..apa yang aku rasa....
ingat aku tak de perasaan ke....
gerammmmm.......
tq korang yang sudi baca....
Wednesday, October 19, 2011
Hero -REAL STEEL
Majlis berkenaan dianjurkan sempena dengan lawatan Ratu Elizabeth ke Australia yang sehingga kini masih dianggap sebagai sebahagian dari wilayah jajahan Inggeris bermula pada Isnin lalu.
Oleh yang demikian, seramai 350 warga Australia telah diundang ke majlis tersebut. Malah, Jackman adalah antara selebriti kelahiran Australia yang berkesempatan untuk berbual dengan beliau sambil menyatakan masyarakat di negaranya itu berbesar hati dengan kunjungannya.
"Apa yang saya tahu rata-rata masyarakat di Australia memang menyukai Ratu Elizabeth. Bahkan, mereka yang menganggap Australia sekarang sebagai sebuah negara republik tetap menyimpan rasa hormat kepada beliau," ujarnya seperti yang dipetik melalui Contactmusic.
Seorang lagi pelakon yang turut mendapat undangan yang sama ke majlis itu adalah aktres Elle Macpherson.
sumber:kosmo!
Tuesday, October 18, 2011
Pandai fira "Terharu Mak Nak"....
dah bosan main lego tu...biar begitu saja...ibu jugak yang kutip,simpan dalam bekas,fira tukang sepah boleh la...
tengok tu,siap sendal kat bantal lagi,nak bagi lego tu tengak...
MACAM NI KE RUPA SEBENAR ANGY BIRD
sekarang ni pulak dia dah ketagih ngan handset aku pulak....dah dapat terus buka game angry bird dia tu...kalau bosan dia main game bowling la,fire la...yang aku kagum fira main snooker...terkejut aku...dalam hati tergelak-gelak tengok gelagat fira..budak zaman sekarang,dah terlampau bijak...susah nak larang..nakal kemain..
Ni la game yang fira main hari-hari..
kalau bosan-bosan,syok jugak layan game ni...santai kot bagi aku...
Friday, October 14, 2011
syafira dengan angry birds kesayangan!
time mula-mula beli,asyik keluarkan dalam bilik je...pastu tunjuk-tunjuk kat orang...macam dia sorang je ada..huhh tu la perangai syafira masa kecil,kalau dah besar harap-harap jangan jadi begitu...jadi budak yang baik ye anak ibu...jangan nakal-nakal...pastu kalau nak balik kampung pulak,semua angry bird dia hangkutnya...aku cakap kat dia "fira tak payah la bawak semua"....bawak 2 je..."...mula dia merungut jugak...lama-lama tu dia ikut jugak cakap ibu dia yang super tak berapa nak hot....hehe...
banyak tak angry bird fira
bird fira semua garang-garang sama cam tuan dia...takutnya ibu...
aik lentok pulak...si kecik aku ni
love u anak ibu & ayah..mmuuuaahhh...
Wednesday, October 12, 2011
gambar RAYA ( 2011) kami pulak
meh layan gambar raya kami...
ikan gapi aku dah besar sikit...
walaupun member-member aku dah keluar dari tempat ni....aku je masih disini juga..belum ada rezeki kat tempat lain...tak tau sampai bila aku disini...kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan semua ni,baik buruknya kita terima seadanya...
jom layan ikan gapi aku yang molek-molek ni...
Thursday, October 6, 2011
Penyakit Lupa Kembali Lagi
nak kongsi kat korang ni...malam semalam aku masuk bilik,fira dah menggelabah...nak tau dia buat apa? dia main purse ayah dia...nak keluarkan duit...akupun cakap kat dia..."ayah!! fira main purse ayah..."fira dah cuak dah masa tu...sempat pulak dia capai duit,pastu dia buang,kenapa fira buang...hehe maybe dia marah kat aku kot....lepas tu aku masukkan balik duit tu,pastu aku belek la sekali purse en suami...pastu aku ternampak lesen...dalam hati baru teringat...:aku rasa lesen aku mati bulan sembilan...cek balik lesen aku...rupanya dah lama mati 23.09.2011...hahaha.....selama ni aku pergi kerja hari2 ulang alik,rupanya bawak lesen mati ...so aku gelak sorang-sorang, nak cakap dengan fira kang tak faham pulak...nasib baik aku tak kena tahan dengan polis..
sebenarnya aku dah check dari awal lesen aku tu....tapi entah macam mana semalam baru teringat...boleh lupa pulak tu...penyakit lupa aku kembali balik la...hihi macam mana nak mengatsinya ni...help me....aku tak sengaja nak lupakan ko lesen..i am sorry...tahun depan aku reminder awal-awal..pasti tak akan lupa lagi....hihi
smile always :)
Bajet 2012,mampukah membantu rakyat dan penjawat awam?
harus letak pict Datuk Seri Najib Razak
naikkan semangat untuk mendengar esok.
Thursday, September 29, 2011
Slot Akasia (SOFFIYA) TV3
Drama Soffiya yang bersiaran di tv3 telah menarik begitu ramai peminat drama melayu. Di bawah ini saya tuliskan sedikit sinopsis kisah drama Soffiya melalui slot akasia di tv3..
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta..
Namun,Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Thursday, September 22, 2011
Renungan Mata yang Menggoda
1. Anda boleh menebalkan alis menggunakan bantuan celak. Tetapi pastikan anda melakukannya selepas memakai bedak asas bagi memberikan kemasan pada solekan.
2. Tebalkan lengkungan alis menggunakan celak yang tajam dengan meniru struktur alis anda. Samarkan bahagian yang tidak ditumbuhi rambut dengan bedak yang warnanya lebih terang daripada warna alis anda. 3. Elak menggunakan celak yang tumpul atau terlalu lembik kerana akan menghasilkan garisan yang tidak rata atau ketebalannya tidak sekata. 4. Jika ada bahagian yang tebalnya tidak sekata, sebaiknya gunakan putik kapas yang sudah dioleskan bedak asas kemudian rapikan menggunakan bedak. 5. Sekiranya alis anda tidak tebal, dengan bantuan celak, bentukkannya kemudian tambahkan maskara bagi memberikan kesan lebih dramatik.
sumber:METRO