mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Showing posts with label BERITA SENSASI. Show all posts
Showing posts with label BERITA SENSASI. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Hero -REAL STEEL

AKTOR Hugh Jackman boleh dikatakan antara rakyat Australia yang cukup bertuah apabila mereka mendapat undangan istimewa dari Ratu Elizabeth untuk hadir pada satu majlis jamuan yang diadakan di Buckingham Palace, London pada minggu lalu.

Majlis berkenaan dianjurkan sempena dengan lawatan Ratu Elizabeth ke Australia yang sehingga kini masih dianggap sebagai sebahagian dari wilayah jajahan Inggeris bermula pada Isnin lalu.

Oleh yang demikian, seramai 350 warga Australia telah diundang ke majlis tersebut. Malah, Jackman adalah antara selebriti kelahiran Australia yang berkesempatan untuk berbual dengan beliau sambil menyatakan masyarakat di negaranya itu berbesar hati dengan kunjungannya.

"Apa yang saya tahu rata-rata masyarakat di Australia memang menyukai Ratu Elizabeth. Bahkan, mereka yang menganggap Australia sekarang sebagai sebuah negara republik tetap menyimpan rasa hormat kepada beliau," ujarnya seperti yang dipetik melalui Contactmusic.

Seorang lagi pelakon yang turut mendapat undangan yang sama ke majlis itu adalah aktres Elle Macpherson.

sumber:kosmo!

Thursday, July 21, 2011

Terkejut bil telefon tertunggak RM966.05

ALOR SETAR – Seorang eksekutif jualan terkejut apabila dimaklumkan mempunyai tunggakan bil telefon bimbit berjumlah RM966.05 menerusi penggunaan dua talian di bawah pakej telefon pintar iPhone yang didakwa didaftarkan atas namanya.

Mohd. Shukri Hamad yang merupakan kakitangan Jabatan Pemasaran Utusan Melayu di sini mendakwa, perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas kaunter ketika dia mahu menukar talian telefon bimbitnya daripada pelan prabayar kepada pascabayar di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara pada Rabu lalu.


MOHD. SHUKRI menunjukkan laporan polis dan bil telefon tertunggak berjumlah RM966.05 yang didaftarkan atas namanya ketika ditemui di Alor Setar semalam.


“Saya terkejut diberitahu bahawa saya ada bil tertunggak berjumlah RM966.05 sedangkan saya tidak tahu menahu tentang dua talian telefon yang didaftarkan di bawah pakej iPhone ini.

“Apa yang menghairankan saya adalah bagaimana pendaftaran talian ini boleh dilakukan menggunakan nama saya kerana biasanya MyKad pemohon mesti dikemukakan sewaktu pendaftaran sedangkan saya tidak pernah kehilangan MyKad sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber:kosmo!

‘Jangan tergesa-gesa tukar lesen’

PUTRAJAYA – Inisiatif menyamakan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir pemilik lesen dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Namun selagi ia belum dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan mengingatkan hampir 12 juta pemegang lesen supaya jangan tergesa-gesa memperbaharui lesen masing-masing menjelang sambutan hari lahir mereka.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, lesen memandu hanya wajib diperbaharui apabila tamat tempoh.

“Pemilik lesen hanya wajib perbaharui lesen apabila tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Cho Ha bahawa cadangan pelaksanaan skim itu bertujuan memudahkan orang ramai mengingati tarikh luput lesen memandu masing-masing.


sumber:kosmo!

Tuesday, April 26, 2011

Perut bagai ditikam

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan
boroi akhirnya membawa padah.


Mangsa menunjukkan parut kekal pada bahagian perutnya di Kuala Lumpur semalam.

Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009.

hiiiiii,gelinya

sumber:kosmo!

Monday, April 25, 2011

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

sumber:mymetro

Wednesday, April 20, 2011

Misteri kenderaan bergerak sendiri


IMEJ yang disiarkan di stesen televisyen Metronews.com semalam menunjukkan sebuah kenderaan bergerak walaupun enjin sudah dimatikan di sebuah kawasan dikenali sebagai Jabal Magnet di Banyumas, Jawa Tengah.

BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.

Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.

Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.

Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.

Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.

Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.

Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. -

sumber: kosmo

Tuesday, April 12, 2011

Dakwaan telur tiruan tidak benar

pasal telur yang aku share pada minggu lepas,sebenarnya tiada telur tiruan sebaliknya,telur itu berlainan gred..sebab itu telur itu berbeza dari segi color dan kulit telur...


PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

sumber:kosmo dan berita

Monday, April 11, 2011

Treler bawa beras terbalik

Assalamualaikum dear blogger,kali ni aku nak share tentang kejadian yang berlaku di Seberang Perai...murah rezeki india kat bawah ni,setahun dua tahun tak yah beli beras...rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari....


ORANG ramai mengaut beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terbalik di lebuh raya dekat Bukit Tambun semalam.

SEBERANG PERAI - Lalu lintas di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bukit Tambun di sini semalam sesak lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan kesesakan luar biasa hampir lima jam setelah petugas lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut.

Kesesakan menjadi bertambah buruk gara-gara tindakan segelintir pengguna lebuh raya itu yang memberhentikan kenderaan dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya.

Kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pemandu yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap PLUS Expressway Berhad memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta menukar haluan dari kanan ke kiri lebuh raya secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama hilang kawalan lalu terbalik.

"Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat dan mengalihkan treler berkenaan yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya itu ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Thursday, April 7, 2011

Telur ayam pun ada tiruan

assalamualaikum semua dan selamat petang...nak share tentang telur ayam tiruan...baik2 ye kalau nak beli telur tu...sape2 yang belum tau..aku bagi tau..heheheeeeee



GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

kosmo!...

Anwar sudah beri keterangan

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara 35 orang yang sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan rakaman video seks melibatkan pelaku yang didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang.

Individu lain yang sudah diambil keterangan mereka ialah trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beberapa kakitangan Carcosa Seri Negara turut dipanggil memberi keterangan berhubung rakaman tersebut.

Menurut beliau, keterangan yang diambil daripada Anwar setakat ini adalah 'memadai'.

"Sekiranya terdapat keterangan (Anwar) yang tidak lengkap, kita akan panggil dia sekali lagi untuk bagi keterangan tapi setakat ini ia (keterangan) mencukupi," kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

sumber:kosmo online

Tuesday, April 5, 2011

Video seks pemimpin pembangkang dalam YouTube

KUALA LUMPUR: Satu klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang didakwa sudah dimuat turun ke laman web YouTube dan beberapa laman blog sejak tengah hari semalam.

Dalam klip video selama satu minit 47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dalam sebuah bilik sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar.

Di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar.

Kelihatan selepas itu wanita terbabit memakai tuala. Sebelum klip itu berakhir, lelaki bertuala berkenaan memeluk wanita terbabit.

Bagaimanapun, klip video hitam putih berkenaan hanya sebahagian daripada rakaman klip video selama kira-kira 23 minit.

Sebelum ini kecoh apabila tiga individu dikenali sebagai Datuk T menayangkan satu klip video didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada beberapa wartawan dan editor kanan akhbar.

Gadis diperkosa bapa tiri mahu pembelaan sewajarnya

assalamualikum semua & selamat pagi....berita sensasi hiburan terkini..aku baca kisah dia,terus dalam hati berkata"kesiannya budak ni,kurang ajar betul bapak tiri dia ni..."

CERITA...ZT menceritakan kejadian menimpanya kepada Muhd Khairun dan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
CERITA...ZT menceritakan kejadian menimpanya kepada Muhd Khairun dan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi pemuas nafsu serakah bapa tirinya selama 14 tahun kesal kerana walaupun laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat selepas dia nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah pada 2008, namun tiada tindakan diambil.

Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa ketakutan.

Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu ialah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.

Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.

ZT yang kini menetap di sebuah rumah perlindungan yang dirahsiakan membuat laporan polis pada 2 Disember 2008 di Pulau Pinang dan kes terbabit dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, berdasarkan tempat kejadian itu berlaku.

Namun, sehingga kini lelaki terbabit masih bebas dan berada di Sungai Petani menyebabkan dia mengemukakan semula kes berkenaan kerana inginkan pembelaan terhadap penderitaannya itu.

Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, menceritakan peristiwa hitam itu bermula ketika dia berusia lapan tahun apabila bapa tirinya itu mencabulnya.

“Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat. “Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun.

“Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya,” katanya.

Sementara itu, Muhd Khairun berkata pihaknya semalam membawa perkara itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi siasatan lanjut.

sumber:mymetro online

Friday, April 1, 2011

Malek Noor rebah di padang bola

assalamualaikum semua..nak story sikit,malam tadi korang tengok berita tak..Datuk Malek Noor jaguh bina badan,ada sakit jantung..syok2 geng dorang main bola,tiba2 datuk ni rebah menahan kesakitan....aku memang tak tau bekas jaguh bina badan ni main bola....baru tau malam tadi,ingat aku dia gi gim je...memang hebat la...
MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.

IPOH – Bekas juara bina badan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin.

Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Malek yang bermain di posisi penjaga gol tiba-tiba berpaut pada tiang gol dan menahan kesakitan pada bahagian dadanya selepas lima minit perlawanan bermula.

Bekas atlet berusia 56 tahun itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh seorang pegawai perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun di sini.

Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd. Nasir berkata, ahli bina badan itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh.

“Malek sangat teruja untuk menyertai perlawanan itu bahkan pada sesi pemanas badan sebelumnya, dia sangat cergas.

“Tiada langsung tanda-tanda dia diserang sakit jantung sehinggalah dia menjerit memanggil saya dan mengadu sesak nafas,” ceritanya.

Menurut Aminuddin, keadaannya kini semakin stabil dan beliau berharap semua pihak mendoakan bekas jaguh bina badan negara itu pulih.

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan KAMARUDDIN ISMAIL
berita@kosmo.com.my


Thursday, March 31, 2011

Tip tubuh seksi Son Dambi

assalamualaikum semua,macam biasa berita kosmo,kalau berita menarik perhatian aku,aku akan share dengan korang semua okay..semua orang mahukan badan yang cantik menarik,kurus,slim aje...so jangan berlengah lagi pi jogging dan pi gim...untuk menyihatkan badan...aku nak pi jogging jugak tak kira...tapi bila erkkk....maybe lepas lik kerja,tapi nak masak pulak...tengok la macam mane..kadang2 otak aku ni gila2 sikit,kalau kata hati nak pi jogging....aku pedulik hape....pi jugak....lantak...ni la gambar Son Dambi..i like ur body.....

BINTANG terkenal Korea Selatan, Son Dambi bukan sahaja telah menunjukkan bentuk tubuhnya yang seksi ketika membuat fotografi jenama pakaian sukan Decente baru-baru ini.

Malah aktres, penyanyi dan model itu juga telah memberi tip kepada peminatnya bagaimana untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sihat dan mantap.

Pertama, dia menegaskan regim senaman perlu dimulakan dengan latihan angkat berat, sebelum diikuti dengan aerobik dan akhirnya regangan badan.

"Saya sangat berdisiplin dengan regim dan rutin senaman saya. Kalau pada hari saya tidak menjalani latihan di gim, saya akan berjoging di sekitar kawasan kejiranan saya," ujarnya.

Satu lagi regim bagi mengekalkan stamina dan bentuk tubuh yang mantap yang diamalkannya adalah dengan menari.

"Saya menari dan menari kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh selain menjadikan bentuk tubuh kita mantap, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan," ujarnya yang menyukai tarian hip hop dan jazz.

Wednesday, March 9, 2011

Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing

assalamualaikum sekali lagi...ni pun cerita menarik tentang laman web sosial ni...jom kenal mark,akupun baru first time tengok muka mark ni....

GAMBAR dalam laman Facebook menunjukkan Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut. - Agensi

kosmo online

Jejak peminjam guna Facebook

assalamualaikum semua pembaca yang setia...hari ni aku layan berita kosmo! online...jom sama2 baca...sape2 yang pura2 lupa nak bayar pinjaman,segera la bayar ye....layan....


MAZNAH mencuba talian dengan menghubungi peminjam selepas Pelancaran Pusat Panggilan PTPK sambil diperhatikan oleh Ali Badaruddin (berkaca mata) di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.

Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.

“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.

“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.

hasil: kosmo online...