mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Tuesday, April 12, 2011

Dakwaan telur tiruan tidak benar

pasal telur yang aku share pada minggu lepas,sebenarnya tiada telur tiruan sebaliknya,telur itu berlainan gred..sebab itu telur itu berbeza dari segi color dan kulit telur...


PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

sumber:kosmo dan berita

2 comments:

Pia said...

"akak ni dok pening gila dok fikir macamana depa leh buat telur tiruan,kalau boleh pun kot kulit bolehlah..yg putih dan kuning telur tu camana nak tiru...last2 rupanya telur ayam betul...haish..."

ayu sleeping said...

hehehe.......rasa cam was2 jugak...tapi nasib baik x de yang tiruan