MAZNAH mencuba talian dengan menghubungi peminjam selepas Pelancaran Pusat Panggilan PTPK sambil diperhatikan oleh Ali Badaruddin (berkaca mata) di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.
Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.
“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.
“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.
hasil: kosmo online...
No comments:
Post a Comment