mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Friday, March 18, 2011

Ulser Mulut

assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia...hope sihat dan gembira selalu..korang pernah kena ulser mulut tak? tipu tak pernah...dah 2,3 hari aku kena mata ikan ni...sungguh menyiksakan dan tiada keselesaan,makanpun sikit2...sekali kena mesti kat tempat yang pelik2,kat bawah lidah la,gusi la..hisssssshhh,mushkil2...aku rasa pelik gak aku ni...tapi redha je la...nak tunggu baik betul,lama gak nak tunggu...sabar je la...jom baca kenapa ulser terjadi...

sumber: dari google

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air
sumber: kesihatan

2 comments:

Teenager Housemaid said...

nice info...

dulu pernah kene..memang seksa..

hope your ulcer cepat sembuh..

ayu sleeping said...

tq,teenager housemaid