assalamualaikum dear blogger...kali ni aku nak share makanan yang baik untuk elak penyakit dan baik juga untuk tubuh badan kita..apa yang kita ikhtiarkan, semuanya allah yang menentukan,baik,buruknya...so kita mesti berusaha....
jom baca..10 makanan penting:-
1. Brokoli-pencegah kanser serviks
kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks.demikian kajian yang dilakukan oleh university of alabama.
2. Bayam-pelindung mata
mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi,kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil
3.Bawang putih-pelindung prostat
terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat hingga 50 peratus.
4. Daging merah-menyuburkan rambut
zat besi yang ada di dalam daging merangsang pertumbuhan rambut,kaya dengan zink membantu melindungi rambut dari keguguran,percaya la korang....cuba try makan daging lak...dengan izin allah mungkin mujarab...
5. Kopi-perangsang otak
menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60%,asalkan tidak minum bergelas2 setiap hari,nanti jadi lain lak..
6.Teh hijau-penjga payudara
teh hijau mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencengah kanser payudara.
7. Tempe-mengusir penyakit Degeneratif
tempe kaya dengan serat,kalsium,vitamin B dan zat besi.tempe juga mengandungi antibiotik untuk menyembuhkan infeksi dan antioksida untuk melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronori dan sebagainya.
8. Kentang panggang-menurunkan tekanan darah
berupaya menurunkan tekanan darah kerana kandungan natriumnya rendah iaitu 0.4mg/100gr.
9. Keju-elak ancaman karies gigi
keju boleh meningkatkan kadar ph untuk melindungi gigi dari ancaman karies,dengan keju senyuman kamu semakin menawan,tiada karies gigi.
10. Lobak merah-penyelamat kulit & jantung
mereka yang banyak mengambil karatenoid pigmen yang ada di dalam lobak merah,enam kali lebih kecil berisiko terkena kanser kulit.
p/s..meh semua makan makanan yang berkhasiat,jangan asyik makan kfc,mcd,kenny je..sesekali leh la,kalau 2,3 kali....suka hati korang la nak makan....aku memang rajin hari ni,siap letak pict sekali....
No comments:
Post a Comment