Monday, March 5, 2012
rindu kat blogku yang bersawang selama 1 bln...
Thursday, January 5, 2012
siapakah yang akan bergelar masterchef malaysia yang pertama
amita,zamir & wahidan..sedap jugak masakan mereka... mereka bertiga kena uji lagi dalam masa 30 minit untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding dengan ezani time final nanti....aku tengok dorang ni ada je idea,untuk masak...kalau kita,nak fikir dulu,3 hari 2 malam...baru dapat resepi apa nak masak....tupun dah tak tau nak masak apa...bosan....
pilihan chef...dah bincang sesama chef dari masterchef australia..mereka pilih wahidan untuk bertarung dengan ezani.....sangkaan aku tak tepat..aku pilih amita @ zamir...mereka masak bagus dan selalu menang gak...tiba-tiba nama wahidan yang di panggil.... so nama yang ke final chef pilih 2 orang sahaja....
Tuesday, January 3, 2012
Tahun baru (2012)
tahun baru ni...ada berita baik dan berita buruk...
tapi aku redha atas pemergian sahabat yang baik hati di pejabat...
dia telah meninggalkan kita semua,tuhan yang lebih menyayanginya...dan juga anak dia yang masih kecil lagi...sungguh sedih tanggal 31.12.2011,hari kehabisan untuk tahun 2011...semoga rohnya ditempatkan dengan orang yang soleh...amin..
aku masih terbayang-bayang wajah arwah yang sentiasa memberikan senyuman yang tak pernah lokek..banyak la saat manis bersama rakan pejabat yang lain...murah hati dan suka tolang orang dalam kesusahan....
semoga kita yang hidup ni,teruskan kehidupan masing-masing....sentiasa mengingati ALLAH..kita tak tahu ajal dan maut kita....tuhan sahaja yang mengaturkan kehidupan kita semua...
Tuesday, December 6, 2011
cara potong kuku dengan betul
sila lihat di bawah ini....
Thursday, November 10, 2011
mood:kecewa kebelakangan ini
mood nak menghupdate blog terbantut la....lidah aku luka,mybe aku makan udang banyak kot....ape kena mengena dengan udang....sebelum aku makan udang tu,tak kisahlah udang sambal ke,udang gOreng crunch ke..terlebih dahulu aku akan hisap udang tu dulu...sedap ok...rasanya manis lemak berkrim...tipu je...tak de krimpun...
so sekarang aku kena makan slow-slow....sebab lidah aku tak elok lagi...rasa pedih-pedih lagi...hrrmmm so sad...ni entry pendik,sementara jam menunjukkan pukul 5...
Friday, November 4, 2011
selamat bercuti dan selamat hari raya aidil adha...
leh makan masakan mak,ayam masak kicap,rendang ayam...
kampunglah tempat aku bergembira bersama keluarga tercinta...
Monday, October 31, 2011
selamat tinggal bulan oktober 2011
penat sungguh kita fikirkan perkara yang merumitkan...tapi apakan daya apa yang berlaku pada diri kita,mesti kena rempuh jugak atau selesaikan masalah yang merumitkan itu.Dalam fikiran aku lah, banyak perkara yang aku fikirkan...kadang-kadang stress memikirkannya...mungkin orang lain diluar sana sangat gembira dengan keadaanya,tapi aku masih kusut buntu dengan penantian selama ini...
sekarang!!!dah akhir bulan october 2011,esok dah bulan baru...sebulan lagi dah tahun baru....alamak....makin bertambahlah usia aku,makin bertambahkah rezeki aku??...tu semua ALLAH yang tau,kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaannya didunia dan diakhirat...amin ya rabbal alamin.
my buah hati (syafira, rezeki yang tak ternilai,sangat teruja!)Friday, October 28, 2011
pagi-pagi dah jem kat padang jawa
keluar nak pergi kerja, start kereta....
aku keluar dari lorong rumah aku...
aku toleh kiri....mak oiii jem siot....
hehe dalam hati otak dah terlintas,
confirm lambat la aku masuk office....
alang-alang lambat ,macam biasa la,
aku suka ikut jalan shortcut.....
pastu singgah jap beli nasi lemak,my faveret eat....
kata lambat, slow-slow la bawak kereta...(tipu je)
jangan harap la aku bawak kereta slow,
lambat ke cepat ke....laju tak laju la aku drive...
smapai office,nasib baik aku dapat parking cantik sikit...
kat bahagian depan...ok la tu....
korang cuba teka aku lambat berapa minit....1,2,3.....
haha yang pasti aku pecah rekod....tak pernah aku lambat cam ni..
8.06 minit der...sobs....haha pedulik hape...
ni office aku yang punya....cittt....
Tuesday, October 25, 2011
pagi-pagi buat aku hot....
tak maju la bisnes....
tak boleh lebih kurang langsung...
macam.......bagus je!!!
jaga lah hati pelanggan sikit...
cekik darah betul...melampau...
ingat tak nak ungkit pasal ni,,,
tapi nak luahkan serba sikit..apa yang aku rasa....
ingat aku tak de perasaan ke....
gerammmmm.......
tq korang yang sudi baca....
Thursday, October 6, 2011
Penyakit Lupa Kembali Lagi
nak kongsi kat korang ni...malam semalam aku masuk bilik,fira dah menggelabah...nak tau dia buat apa? dia main purse ayah dia...nak keluarkan duit...akupun cakap kat dia..."ayah!! fira main purse ayah..."fira dah cuak dah masa tu...sempat pulak dia capai duit,pastu dia buang,kenapa fira buang...hehe maybe dia marah kat aku kot....lepas tu aku masukkan balik duit tu,pastu aku belek la sekali purse en suami...pastu aku ternampak lesen...dalam hati baru teringat...:aku rasa lesen aku mati bulan sembilan...cek balik lesen aku...rupanya dah lama mati 23.09.2011...hahaha.....selama ni aku pergi kerja hari2 ulang alik,rupanya bawak lesen mati ...so aku gelak sorang-sorang, nak cakap dengan fira kang tak faham pulak...nasib baik aku tak kena tahan dengan polis..
sebenarnya aku dah check dari awal lesen aku tu....tapi entah macam mana semalam baru teringat...boleh lupa pulak tu...penyakit lupa aku kembali balik la...hihi macam mana nak mengatsinya ni...help me....aku tak sengaja nak lupakan ko lesen..i am sorry...tahun depan aku reminder awal-awal..pasti tak akan lupa lagi....hihi
smile always :)
Thursday, September 29, 2011
Slot Akasia (SOFFIYA) TV3
Drama Soffiya yang bersiaran di tv3 telah menarik begitu ramai peminat drama melayu. Di bawah ini saya tuliskan sedikit sinopsis kisah drama Soffiya melalui slot akasia di tv3..
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta..
Namun,Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Thursday, September 22, 2011
Renungan Mata yang Menggoda
1. Anda boleh menebalkan alis menggunakan bantuan celak. Tetapi pastikan anda melakukannya selepas memakai bedak asas bagi memberikan kemasan pada solekan.
2. Tebalkan lengkungan alis menggunakan celak yang tajam dengan meniru struktur alis anda. Samarkan bahagian yang tidak ditumbuhi rambut dengan bedak yang warnanya lebih terang daripada warna alis anda.
3. Elak menggunakan celak yang tumpul atau terlalu lembik kerana akan menghasilkan garisan yang tidak rata atau ketebalannya tidak sekata.
4. Jika ada bahagian yang tebalnya tidak sekata, sebaiknya gunakan putik kapas yang sudah dioleskan bedak asas kemudian rapikan menggunakan bedak.
5. Sekiranya alis anda tidak tebal, dengan bantuan celak, bentukkannya kemudian tambahkan maskara bagi memberikan kesan lebih dramatik.sumber:METRO
Wednesday, September 14, 2011
meniti hari, detik demi detik
setiap hari menanti kehadirannya....
tapi itu tidak pasti bagiku....
mengharap untuk bersamanya...
berdoa kepadanya untuk permudahkan...
dan mencapai hajat yang di hajati untukku....
insyaallah,moga dengan kehadirannya...
akan lebih bermakna dalam hidupku....
Wednesday, July 13, 2011
inai di kuku
harap-harap korang sihat yerk...
hari ni aku nak share pasal semalam...
aku pakai inai...
member aku yang pakaikan...
tapi tangan kiri je...
lama jugak la aku tak contengkan kuku aku ni...
korang suka pakai inai tak..?
aku suka pakai inai kat kuku je...
leceh la nak pakai inai cam nak kahwin tu...
nanti orang ingat aku baru kahwin pulak...(padahal dah kahwin)hehe senyum sopan :)
Monday, July 11, 2011
kasut yang ku sayangi..
mood tengah hari tadi...(malu+panas+bengang) hahahaaaa....
sedang aku berjalan..
tak sangka malang tidak berbau...
aku terpelecok...
pastu kasut aku tercabut pulak tapaknya...
aku rasa malu tiba2...maybe ada org perasan kot...
tapi buat-buat orang tak perasan la...(dalam hati macam2 perasaan ada..)
kasut lain tak de pulak dalam kereta...dammmmm.....
nasib baik parking kereta dekat dengan tempat kejadian...
time tu aku kat luar lepas simpan duit dalam ASB...
huhhhhhh...balik office,nasib baik kat office ada selipar..
balik umah pakai selipar sudah....
hahaaaaaaaa...
Best ke dapat baby Twins ni? Teringin la pulak...
1. makan makanan yang kembar..seperti pisang yang kembar tu...pernah tengok tak,selain pisang tak kisah la apa-apa yang berkembar...
2. banyakkan membaca doa apa yang kita hajati...insyaallah dengan izinnya...
3. perbanyakkan minum susu, tak kisah la susu pekat ke susu segar ke...
4. membuat solat hajat...untuk di makbulkan apa yang di hajati... apa yang aku tulis kat atas ni,hanya sekadar berkongsi...kita mesti berusaha jugak untuk mendapat sesuatu perkara itu.yang penting doa...amin




Thursday, July 7, 2011
Bila nak dapat CEK ni..
lambat la nak dapat cek...
dah la aku ni banyak hutang..
macam-macam nak kena bayar..
sabar je la..kerja sambilan memang cam gini gayanya...
dalam 6,7,8 hari bulan baru dapat..yang itu tarikh paling cepat la...
kalau lambat daripada tarikh tu pengsan aku 5 minit kejap
harap bersabar ye ayu sleeping,
Friday, July 1, 2011
Yuna style new
bulan ke bulan belum lagi yerk...
nak update pasal fesyen yuna sekarang...
ni baru free...
saja suka nak tayang gambar yuna...
style apa?...
dia pakai selendang cam tu...
jom usha...
jangan marah ye yuna.. hiiii
Friday, June 3, 2011
Monday, May 30, 2011
aku dah agak mesti salma Juara

huhu cayalah salma...suara shiha dan iqa pun sedap jugak...kiranya malam tadi semua la menang...semua dapat hadiahkan...dapat duit,kereta,motor vespa...cute pulak tu.semua tak menyangka salma boleh menang..yang orang sangka iqa menang,ataupun shiha,tapi sebaliknya si salma...tahniah la semua...





















