mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Sunday, March 20, 2011

Berita sensasi,hiburan terkini

assalamualaikum dan selamat pagi semua...harap kamu sihat ye...macam biasa aku nak share berita kat korang...jom baca amalan mulia....

KWSP jangka dividen 5.5%

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangka mengisytiharkan kadar dividen tahunan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus meskipun cabaran dalam ekonomi global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP mungkin mengisytiharkan dividen seperti tahun lalu iaitu 5.8 peratus.

“Apa yang penting ialah pemeliharaan modal dan kami berasakan KWSP kini mempunyai pelaburan yang sangat baik pada masa depan,” katanya selepas majlis memeterai pembiayaan Bai Al-Inah RM500 juta dengan Malaysia Building Society Bhd, di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, pelaburan KWSP di luar negara ketika tempoh mencabar ini adalah selamat dan jika dilihat dari segi sudut positif, pihaknya mungkin mendapat peluang untuk membeli atau menjual ketika pasaran tidak menentu.

Terperangkap dunia gelap

KUALA LUMPUR: “Pelajar terbabit terperangkap dalam dunia gelapnya sendiri kerana seolah-olah berbangga dengan dosa yang dilakukan,” kata Ketua Unit Pembangunan Kendiri dan Profesionalisme Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendakwa dirinya pembawa tuah kepada golongan kenamaan (VIP) yang membawanya ketika berjudi di luar negara. Dr Harlina berkata, daripada perspektif Islam, perkara ini dilihat sebagai istidraj iaitu manusia yang tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran, kesenangan dan kekayaan yang dimiliki walhal mengetahui ia berpunca daripada saluran tidak benar.


“Dalam hal ini, dia (pelajar) sudah tertipu dengan perbuatannya sendiri dan upah yang diterima hasil menemani VIP keluar berjudi itu haram dan perbuatannya jelas tersasar daripada landasan ajaran Islam dan menyesatkan.

“Selain itu, pengaruh persekitaran terutama daripada rakan sebaya faktor utama ramai pelajar yang berpendidikan tinggi semakin tenggelam dengan anasir negatif yang bukan saja merosakkan generasi pelapis negara, malah menunjukkan imej tidak sihat dalam sektor pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya.

sumber:metroonline

3 comments:

Noor Fatin said...

sy xkeje lagi.. xde kwsp lagi..wuu.. hehe.

pengaruh rakan sebaya tu yang bahaya, mcm2 bleh jadi..wuu..

btw., sy dah masukkan blog ni dalam bloglist awak dan follow awak skali. salam perkenalan :)

Ummi said...

Salam singgah dan salam kenal Ayu....thanks sudi ke dapur akak...waah baby fira comelnya....warna pink la muka dia...geramnya tgk...muaahh tuk baby!

ayu sleeping said...

fatin:tq fatin....
ummi:salam kenal jugak sis...sedap2 masak...