mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Saturday, March 5, 2011

Siapa suamimu di syurga nanti?

assalam semua,kali ni aku nak share cerita di bawah ni,pada sesiapa yang nak tahu sape suami kite kat syurga...jom baca...aku baca artikel ni pun kat member aku dalam facebook,so pe lagi aku terus copy n paste..

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1:

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

* Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2:

Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

* Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3:

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

* Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4:

Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

* Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5:

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu

* Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6:

Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain

* Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani

p/s:cerita ni by syahirul.com...

nak masak apa?

assalam..semua,sekarang ni aku tengah berfikir tgh ari ni aku nak masak pe...tadi aku dah keluarkan ayam dari peti ais....

korang mesti pening cam aku jugakkan..tak tau nak masak pe...masak je la pe yang terlintas dalam minda aku ni....masak ayam sambal,ayam masak merah,masak kicap dah masak ari tu...ayam masak kurma,ayam masak bercili...hahhhhhhhhh....ape2 je la...

bab sayur aku,senang je nak masak,aku tak kisah sayur pe....bedal je....aku bukannye makan banyakpun...sebenarnye aku nak berdiet....heheheeeeeeeee....so,kalau aku makan,sikit je aku makan...almaklum akukan nak jaga badan....hiiiiiiii....

ari ni aku nak masak lambat sikit...saje je...pastu tengah memikirkan lagi nak masak pe....masak yang simple sudah...yang penting aku nak goreng ikan masin made in sungai besar...sedap wooooooo...sape rase sekali,mesti nak 2,3 kali...ari tu lik kampung...beli sekilo bawak lik padang jawa...

ok la...ade keja nak dibereskan dulu...by wassalam...

Friday, March 4, 2011

semakin gedik

assalammualaikum semua pembaca,ari ni aku nak cerita pasal my princess fira..die dah semakin nakal & degiks...pantang nampak wan die pakai baju lawa,mula la terguling2 kat lantai...nak ikut..tu la dah kemaruk sangat nak berjalan...dah pandai pakai seliper sendiri,terus je nak kuar umah...

pantang bukak peti ais,laju je die nak nyibuk...cari benda die yang tersorok...nak tau pe air vitegan la...air yang paling die suka sangat,kalau die minum sekali sedut saje...dah abis....

pantang ajak pergi mandi,die terus amek tuala mandi die yang tersangkut kat ampayan..then terus masuk bilik air...

pantang nampak orang lain makan,mesti die nak nyibuk gak...kaki bedal,tp cam tu gak badan die...tak gemuk2...lasak bukan main....layan..

pantang nampak aku lipat baju,diepun nak join aku lipat baju..ntah pape yang di lipatnye...pastu nak amek baju yang aku lipat...ohhhh nooooo...pantang aku...automatik suara aku sudah bertukar...syafiraaaaaaa....opppss die terus tersentak.....tapi die tak nangis....

pantang nampak aku bukak laptop,die pun terus duduk kat riba aku...nak buat sibuk!!!tekan2 keybod tu,,,sungguh marah aku di buatnye..

aku suka cubit 2 belah pipi die,sebabnye aku nak tengok die gigit tangan aku,melepaskan geram...memang die sangat marah,tapi aku suka tengok die marah...cute...

kadang2 tu tibe2 die buat perangai gedik die,gelak2 sambil tutup mulut.....isshhhh nyampah aku tengok,tapi lawak....aku gelak je...

aku pikir2 balik,memang best layan budak2 ni...hilang rase ketensionan...lagi2 budak2 tu aktif dan lincah,bertambah suka aku nak sakat....layan la pict kami...huaaaaaa...

(fira suka buli ibu die...kejam)

(suka tengok muka selamber die,ngan mulut melopong....)


(kalau nampak makanan...kusyuk bebenor...tak pandang kiri kanan)

-------------tammat-------------

Thursday, March 3, 2011

Bila dapat Gaji ni?

assalammualaikum pembaca setiaku....biasanya kalau korang dapat gaji wat pe....mesti dah set dalam minda nak bayar tu,bayar ni...contohnya nak bayar kereta,bil telefon,broadband,bil air,bil api dan macam2 lagi.....sape2 yang tak de hutang tiap bulan tu,bernasib baik la...duitpun leh simpan..gaji bulan ni tak tau dapat bila,harap2 minggu depan...

kalau aku dapat gaji macam2 aku nak bayar...paling penting kereta...kalau tak bayar,mampus aku..tak pasal2 aku lik keja jalan kaki, tiba2 kena tarik....isssshhhh dasyat2..x nak aku...

bosan la...minggu lepas kot...aku lik keja nak tengok tv dalam bilik,aku tekan la suis utama...aku tekan punye tekan,tv aku gelap je,x de nyala merah......ape hal pulak ni...mula la aku maki sorang2......tekan banyak kalipun tak leh...(dalam hati,tv ni mesti da rosak!!)hampeh tul la...memang rosak.......so bosan la aku,tak leh tengok tv sambil baring2 ngan fira...nak tengok kat luar malas..tak de tilam empuk....so aku dengar radio ataupn online je la....kalau aku rajin aku tengok la tv kat luar tu...tapi citer yang best2 je la....alaaaaaa cerita yang malam jumaat tu takkan tak tau...Jentayu la...jom layan....byeee..

Wednesday, March 2, 2011

Kisah dulu kala

Assalammulaikum semua...ni aku nak story sikit time aku blaja dulu...aku de geng aku sendiri..dulu2 punya cerita la, tahun 2005 tak silap aku...tiap masa dan setiap saat,kalau lepak kat mane2 mesti confirm bawak gitar...pastu nyanyi la lagu macam2,memang best giler time tu...memang sporting giler arr member aku tu semua...kalau terkenang teringat lak kenangan manis sama dioarng,di bawah ni lagu wajib bagi kami nyanyikan,dulu aku siap hafal kot lirik lagu ni...sekarang hampeh,separuh jalan je hafal,korang mesti taukan lagu ni,penyanyinye acab....fames jugak la..lagu2 die...jom nyanyi....lalalalalaaaaaa

Penyanyi: ACAB

Lagu: Bersama Semula

Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
Tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

Teman ku, kasihku,
Ku ingin seperti dulu,
Bersama menjelajah dunia.

Kekuatan, kebanggaan,
Bebas dan terus berjalan,
Kenangan tak mungkin ku lupakan.

Aku harap teman semua
Dapat bersama semula
Perjuangan kita masih belum pudah

Kemananya
Teman setia
Perjuangan…
Ku ingin kau semua…
Bersama semula…

p/s: suka lagu ni....tapi hanya tinggal kenangan...

Tuesday, March 1, 2011

mengenali senjata syaitan

Assalammualaikum dear blogger...harap kamu sihat setiap masa...kali ni aku nak share n3 ni kat korang..berguna jugak kat kite semua sebagai umat islam..sesiapa yang ingin tahu,syaitan kat sekeliling kite ni suka sifat2 yang kite x berapa nak perasan...mereka yang sudah tahu tu harap jauhi lah perbuatan tersebut...pada mereka yang tiada sifat2 di bawah,nescaya ALLAH akan memberkati kehidupan kite di dunia...antara perbuatan tersebut ialah:.


Menurut Imam Ghazali , syaitan sering masuk dan memanfaatkan hal-hal berikut :

1. Perasaan marah

2. Hawa nafsu

3. Perasaan tamak dan dengki hasad

4. Kenyang

5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda

6. Bergantung kepada manusia

7. Bertindak terburu-buru dan terburu nafsu

8. Cinta kepada wang

9. Fanatik terhadap mazhab dan kelompok

10. Berpikir mengenai zat, sifat, dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu

11. Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang islam

p/s:sebagai manusia janganlah membuat perkara2 yang dilarang olehNya,buatlah perkara yang disuruh olehNya seperti beriman,bersedekah dan banyak lagi perkara yang boleh menjadikan kita seorang yang sempurna...sekian...wassalam

Barang Cosway

Assalammualaikum dear blogger....harap korang sihat seperti biase...n3 kali ni aku nak share tentang barang cosway yang aku guna sekarang!!...x rugi klu korang membelinye...aku dah cube macam2..buat pengetahuan korang jugak aku seorang ahli cosway...cawangan cosway ni kat mane2 tempat semua de...tak susah la nak cari..antara barang yang aku guna sekarang:.


1) yang paling aku like sangat2 bedak MIYAMI,bedak ni jugak dah sebati ngan muka aku,so aku dah tak yah nak pening2 nak tukar2,dulu aku guna yang Medium,sekarang aku guna Light,saje nak tukar citarasa....


2) ni plak eyeliner (flexiliner)..best jugak yang ni,korang cube la...nak wat bentuk tajam ke,condong ke, terbalik ke....what ever.....



3) sape rase perut buncit,sakit perut wanita,nak wat urut mengurutpun leh, sila la try Ginger Extract Cream(pati halia) sapu banyak2 memang rase kepanasannye...

4) ni plak prodak Fleur Fantasy...aku tak guna semua kat bawah ni...yang aku try minyak wangi die...bau die lembut...yang lain aku teringin gak nak try..


p/s: sape2 yang nak cube barang2 cosway, pi terjah cawangan cosway yang berdeka
tan.