mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Thursday, March 31, 2011

Tip tubuh seksi Son Dambi

assalamualaikum semua,macam biasa berita kosmo,kalau berita menarik perhatian aku,aku akan share dengan korang semua okay..semua orang mahukan badan yang cantik menarik,kurus,slim aje...so jangan berlengah lagi pi jogging dan pi gim...untuk menyihatkan badan...aku nak pi jogging jugak tak kira...tapi bila erkkk....maybe lepas lik kerja,tapi nak masak pulak...tengok la macam mane..kadang2 otak aku ni gila2 sikit,kalau kata hati nak pi jogging....aku pedulik hape....pi jugak....lantak...ni la gambar Son Dambi..i like ur body.....

BINTANG terkenal Korea Selatan, Son Dambi bukan sahaja telah menunjukkan bentuk tubuhnya yang seksi ketika membuat fotografi jenama pakaian sukan Decente baru-baru ini.

Malah aktres, penyanyi dan model itu juga telah memberi tip kepada peminatnya bagaimana untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sihat dan mantap.

Pertama, dia menegaskan regim senaman perlu dimulakan dengan latihan angkat berat, sebelum diikuti dengan aerobik dan akhirnya regangan badan.

"Saya sangat berdisiplin dengan regim dan rutin senaman saya. Kalau pada hari saya tidak menjalani latihan di gim, saya akan berjoging di sekitar kawasan kejiranan saya," ujarnya.

Satu lagi regim bagi mengekalkan stamina dan bentuk tubuh yang mantap yang diamalkannya adalah dengan menari.

"Saya menari dan menari kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh selain menjadikan bentuk tubuh kita mantap, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan," ujarnya yang menyukai tarian hip hop dan jazz.

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG!

assalamualaikum semua...heheheee..sekali lagi aku join segmen encik Ben, memang terbaik la...tak putus2 idea en ben kita ni...nak dikatakan tiap2 hari ada segmen untuk blogger2 semua...sapa nak join klik kat banner di bawah ye....layan


beres encik Ben!

Tuesday, March 29, 2011

10 makanan elak penyakit

assalamualaikum dear blogger...kali ni aku nak share makanan yang baik untuk elak penyakit dan baik juga untuk tubuh badan kita..apa yang kita ikhtiarkan, semuanya allah yang menentukan,baik,buruknya...so kita mesti berusaha....

jom baca..10 makanan penting:-


1. Brokoli-pencegah kanser serviks
kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks.demikian kajian yang dilakukan oleh university of alabama.


2. Bayam-pelindung mata
mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi,kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil


3.Bawang putih-pelindung prostat
terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat hingga 50 peratus.


4. Daging merah-menyuburkan rambut
zat besi yang ada di dalam daging merangsang pertumbuhan rambut,kaya dengan zink membantu melindungi rambut dari keguguran,percaya la korang....cuba try makan daging lak...dengan izin allah mungkin mujarab...


5. Kopi-perangsang otak
menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60%,asalkan tidak minum bergelas2 setiap hari,nanti jadi lain lak..


6.Teh hijau-penjga payudara
teh hijau mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencengah kanser payudara.
7. Tempe-mengusir penyakit Degeneratif
tempe kaya dengan serat,kalsium,vitamin B dan zat besi.tempe juga mengandungi antibiotik untuk menyembuhkan infeksi dan antioksida untuk melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronori dan sebagainya.


8. Kentang panggang-menurunkan tekanan darah
berupaya menurunkan tekanan darah kerana kandungan natriumnya rendah iaitu 0.4mg/100gr.


9. Keju-elak ancaman karies gigi
keju boleh meningkatkan kadar ph untuk melindungi gigi dari ancaman karies,dengan keju senyuman kamu semakin menawan,tiada karies gigi.


10. Lobak merah-penyelamat kulit & jantung
mereka yang banyak mengambil karatenoid pigmen yang ada di dalam lobak merah,enam kali lebih kecil berisiko terkena kanser kulit.

p/s..meh semua makan makanan yang berkhasiat,jangan asyik makan kfc,mcd,kenny je..sesekali leh la,kalau 2,3 kali....suka hati korang la nak makan....aku memang rajin hari ni,siap letak pict sekali....

Monday, March 28, 2011

ulat buku..

assalamualaikum dan selamat pagi semua,nak share ni,sekarang kalau fira dapat buku,kemain kusyuk dia membeleknya..pastu pe lagi mulut dia pok pek pok pek,tak reti nak diam...konon2 dia membaca la tu..aku tengok gelagat dia aku senyum je,kelakar dengar dia berlete...entah apa yang dia cakapkannya...pastu tabiat baru lak,kalau masuk bilik,mesti dia nak buku dengan pensil...dia mesti ingat,kalau tak bagi mula la menggelupur,mengamuk,marah semua ada...ishhh cam tu la dalam sehari...layan

(tengok tang gamabr yang dia suka je..)

(gambar baby suka la si fira ni tengok)

p/s:besar nanti jadi orang yang bijak pandai ye buah hati ibu ni...gembirakan ibu n ayah...

Friday, March 25, 2011

SEGMEN 1 HARI 1 BLOGGER THE FACEBLOG

assalamualaikum dear bloggers....harap semua okay-okay ye...kali ni aku nak join segmen dari faceblog,sape2 nak join jom la klik SINI.


1. nama anda @ nickname
*nama saya rahayu saparuan ,panggil ayu..kalau nak panggil ayu sleepingpun boleh, tak ada masalah..hihiii(senyum sopan)

2. nama blog anda & rahsia di sebalik nama tersebut
nama blog saya yang manis cam madu tu,sweethoney-ayu,punyalah susah saya nak dapatkan nama blog ni 10 hari 10 malam,tak de rahsiapun nama blog ni..mula2 saya nak letak sweethoney je..tapi dah banyak blogger guna perkataan ni,so tambah la ayu kat belakangnya..

2. ceritakan tentang blog anda.
blog saya ni umum,sapa2 pun boleh baca,kadang2 saya cerita pasal my princess,kadang2 cerita pasal berita..dan dikala saya bosan,saya hiburkanlah hati diblog...

3. tujuan anda blogging
tujuan berbloging ni saya nak isi masa lapang saya dengan menaiplah hilangkan rasa kebosanan,pastu dapat ramai kawan blogger,tukar2 pendapat..dapat jugak ilmu tentang berblog ni...

4. harapan anda untuk blog anda.
harapan saya untuk blog ialah untuk menjadi blogger yang boleh bertukar pandangan,dan maju kehadapan di dalam dunia blog..

5. sedikit nasihat @ pesanan kepada blogger lain.
nasihat saya,janganlah suka mengkianati antara blogger lain,jadikanlah blog ni teman baik kepada rakan blogger lain..jauhilah sikap dengki,dan tanamkanlah sikap hormat-menghormati..

maaf sekiranya terkasar bahasa..

...sekian terima kasih...

Thursday, March 24, 2011

Jalan-jalan lagi

assalamualaikum semua....
kalau bosan duduk kat umah...

jom jalan-jalan....

tak kisahlah pergi mana....

janji hilang aku punya tahap kebosanan....

kami jalan-jalan kat jusco je....

myhusband malas nak drive jauh2....
jalan punya jalan...

singgah kat starbucks....

kita minum dulu...

kalau si fira ni dapat makan,memang kusyuk giler...
nak pandang camera pun susah...

sebab apa fira duk dalam tu...
sebabnya dia dah macam tak larat nak jalan....
so aku suruh ayahnya angkatlah....
jom layan pict ni....
biar la pict yang berkata-kata...

Wednesday, March 23, 2011

makan kek pulak

assalamualaikum semua...masa yang telah tunggu,ni yang aku nak share kat korang..my husband belikan kek sedap..beli kek ni lepas tengok wayang,dalam kul 5.25 cam tu la...aku nak ikut beli kek,die tak kasi,die kata nak suprise...hiiii terharunya...aku nak berterima kasih banyak2 kat my husband,,die buat semua ni untuk aku...sebabnya die sayang kat wife die yang degil ni,hiiii...walaupun die suka menyakat dan marah2 aku tak tentu pasal,tapi die sanggup wat apa saja demi aku dan my princess...

(hehe curik snap dalam kereta) kalau die tau aku snap pic ni,mesti cakap aku ni poyo...

(ni lah keknya....sedap sangat)

(tq suami,belanja ni semua,semoga rezekimu sentiasa melimpah ruah...amin...)

*ape dalam kotak ni???????cuba teka...ni hadiah yang aku dapat dari husband...tantik sangat...tq lagi.......(suka sangat dapat hadiah)


* ni la hadiah yang dia bagi...seutas jam tangan...bersyukur sangat....tapi aku kena jaga elok2..jangan bagi jam ni jatuh,...3 tahun berturut2 aku dapat jam,sebab yang jam tahun lepas dah pecah die punya cermin...nak kata ganas, tak de jugak...dah dia nak pecah,nak wat cam ne...redha je la...

aku janji,aku akan jaga ko sebaik mungkin....please caya ye...

----tamat la kisah ulangtahun kelahiran aku semalam----

*by*