mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Tuesday, March 15, 2011

Naik kuda

assalamualaikum semua..harap u all sihat selalu ye...hiiiiii..3 hari aku x berblog,kini aku muncul semula,untuk ceriakan suasana...aku teramat sangat rindukan blog ni...rindu kat bloggers semua..nak cerita ckit.minggu lepas aku lik kampung sungai besar...maklum la kalau dah lik sana,tak sempat aku berblogwalking...ok stop....

sebenarnya aku nak cerita pasal si kecik aku ni...(bermulanya cerita) suatu hari aku jalan2 pergi jusco bukit raja,kat bandar baru klang tu....bersama my husband & fira..jalan punya jalan stop kat ATM maybank, my husband nak keluarkan duit,sementara tu,si fira ni nampak pulak kuda mainan kat tepi tu,pe lagi die tunjuk2 la,nak naik...aku pun angkat la die...tertonggok la die kat situ....suka sangat dapat naik,tapi tak gerak la kuda tu...sebabnye tak masukkan duit..time nak jalan tempat lain,puas aku memujuknya,fira tak nak turun dari kuda tu..puas kau pujuk aku cakap la,"fira nanti kita beli belon,beli ais krim,beli baju"..die dah geling2 kepala dah..tak nak turan gak,die pengang je kuat2 kat kuda tu...adeeeeeehhh...cara last aku angkat je die laju2..nangis jugak la...kejap je..ayahnye dari jauh dah pandang slekk kat aku...adehhh..(dalam hati die,layan lagi si fira tu)....cam naik kuda tadi la..aku ikutkan je kehendak si kecik tu,tanpa memikir panjang kesannya..hiiiiiiiiiiii..aku peduli hape....!!! ok last sekali layan pict kuda kepang ni...

(ape yang fira pandang,bukan nak pandang camera)

(kusyuk je gayenya...pelik tak penah naik)

(gambar fira marah...tak takutpun)

(gambar blurrr... tak syok)

<---------------------tammat------------------->

Friday, March 11, 2011

Risiko penghidap diabetes mati awal

assalamualaikum semua, baca punya baca,terbaca pulak tentang penyakit diabetes ni...teringat kat seseorang yang kusayangi,harap dia sihat sepanjang masa,insyaallah...korang baca la untuk pengetahuan....hiiiiiii


KENCING manis atau diabetes dipercayai meningkatkan risiko kematian yang dikaitkan dengan saluran darah seperti kanser payu dara dan radang paru-paru.

Kes yang pernah dirujuk kepada sebuah pusat kesihatan di New York membuktikan penghidap diabetes yang berusia 50 tahun meninggal dunia enam tahun lebih awal berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu.

Kajian yang dijalankan untuk menyukat tahap diabetes itu mendapati penyakit tersebut turut meningkatkan risiko kematian pramatang yang disebabkan kegagalan fungsi sistem saluran darah.

Ujar seorang penyelidik dari Universiti Cambridge di Britain, Dr. John Danesh, diabetes semakin mengancam kesihatan masyarakat dunia.

"Ketika kebanyakan orang beranggapan masalah jantung menjadi punca utama kematian, diabetes pula mengejutkan kita apabila muncul sebagai pemangkin utama kepada penyakit lain di dalam tubuh manusia," katanya.

Tambahnya, perokok jangka panjang juga menjadi penyebab pengurangan jangka hayat manusia selama 10 tahun berbanding individu yang tidak merokok.

Diabetes tersenarai sebagai tujuh penyakit utama penyebab kematian di Amerika dengan 26 juta rakyatnya menghidap penyakit itu.

Diabetes terjadi apabila kadar insulin dalam badan dihasilkan terlalu sedikit atau langsung tidak boleh digunakan untuk menghasilkan gula dalam darah.

Selain itu, diabetes dikaitkan dengan obesiti melampau yang menyebabkan risikonya bertambah dua kali ganda untuk pesakit diserang lemah jantung atau strok.

Namun, mereka juga mendapati 25 peratus pesakit diabetes lebih berisiko menderita kanser dan maut akibat kehadiran pelbagai penyakit lain termasuk jangkitan, komplikasi jantung dan buah pinggang selain kemalangan.

Dalam kes jangkitan penyakit berbahaya, diabetes melemahkan sistem imunisasi badan pesakit sekali gus memudahkan peluang virus menyerang sistem tubuh.

Diabetes juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kegagalan sistem saraf pada kaki seterusnya mendorong seseorang itu terlibat dalam kemalangan.

motor basikal

assalamualaikum....harap pembaca semua sihat la hendaknye ye...kali ni aku nak kongsi cerita pasal budak tecik aku ni ha...bukan main lagi,macam2 karenah di buatnye....ni nak story time atuk dan wannye pergi tesco..pada suatu hari sedang mereka bertiga berjalan-jalan di tempat jual2 basikal,motor budak2...tiba-tiba syafira menunjuk ke arah motor basikal yang die suka sangat,die meronta2 sambil berpaut motor basikal tersebut,lalu wannye pun terus mengambil dan tak sempat nak pilih2 yang lain....selepas beberapa minit kemudian mencari barang lain hendak dibeli... atuk ngn wannye pula hendak membayar barang2 tersebut termasuk motor basikal syafira....time nak bayar...syafira tak bagi barang die yang die suka sangat tu...(dalam hati macam la orang tak nak belikan)sebabnye die takut barang die kena ambil...hiiiiiiiii...pujuk punya pujuk...baru la die nak bagi, suruh bayar....

tabiat syafira....raraaaa..
* kalau die nampak orang lain main mainan...die mula la nak rampas orang punya..betapa gangsternye..

* kalau orang main mainan die...terus je rampas...contohnye motar basikal die tu la...budak2 lain pengang cikit terus marah sambil pengang motor tu...issshhhh perangai sape la tu,masa kecik2...

* kalau dapat kawan kemain suka bebeno,tak kisah la orang tu muda atau tua...yang penting orang yang layan karenah die tu layan baik2,baru die nak kawan..(yang jadi mangsa adik aku la,kalau lik kampung asik berkepit je ngan adik aku tu...ikut je ke mana die pergi...nak mintak dokong je....heeeeee,senang la aku gamamknye...senang aku wat keja....tak yah nak ngadap die je.... okay la, kalau aku sudah mula berkata2 dalam blog ni...tak abis pulak cerita aku...korangpun bosan pulak nak baca.... di bawah ni de pict budak tecik ngan motor basikal(sebab ape aku panggil motor basikal,korang tengok la sendiri ade tempat kayuh,de exzos merah kiri kanan..ok...

layan ye superbikes baru ngan budak tecik...
(ni la die yang aku cerita panjang jele tadi)

(selamber je muka,buka nak senyum)

(tak tahan naik motor sambil isap puting)

Thursday, March 10, 2011

BERITA ONLINE

assalamualaikum semua..kali ni aku nak bg tau..

kadang-kadang aku suka bace berita online...sebabnye aku asyik ketinggalan je nak baca surat khabar hari2...so pe guna ada internet ni...search je...dah dapat...baca ikut suka la...metro ke,kosmo ke,harian ke....aku lebih suka bace kosmo! online dan mymetro online..

klik pada gambar kalau nak bace berita selanjutnya.....ayuhhhh semua mari membaca,amalan mulia...

(ni la mymetro)

(kosmo!)

Wednesday, March 9, 2011

Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing

assalamualaikum sekali lagi...ni pun cerita menarik tentang laman web sosial ni...jom kenal mark,akupun baru first time tengok muka mark ni....

GAMBAR dalam laman Facebook menunjukkan Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut. - Agensi

kosmo online

Jejak peminjam guna Facebook

assalamualaikum semua pembaca yang setia...hari ni aku layan berita kosmo! online...jom sama2 baca...sape2 yang pura2 lupa nak bayar pinjaman,segera la bayar ye....layan....


MAZNAH mencuba talian dengan menghubungi peminjam selepas Pelancaran Pusat Panggilan PTPK sambil diperhatikan oleh Ali Badaruddin (berkaca mata) di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.

Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.

“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.

“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.

hasil: kosmo online...

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Assalammualaikum semua blogger2 ibu..kali ni aku nak share pasal segmen santai bersama Ben Ashaari...(Jelajah Blog 2011 kategori Ibu) jom ibu2 semua klik sini sertai segmen ni...akupun firts time masuk segmen bersama blogger hebat ni...ok nak cerita tentang menjadi seorang ibu..

1. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
* saya ayu,ibu kepada seorang princess Nur Syafira Binti Mohd Tahar...dah 2 tahun bergelar ibu...memang best menjadi seorang ibu.saya ibu yang penyayang dan penyabar...cehhh puji diri sendiri nampak..hiiiii

2. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
* kenangan manis saya bergelar ibu, saat2 melahirkan cahaya mata yang pertama...tak sangka saya boleh melakukannya,suka sangat sebab dapat tengok baby time dilahirkan...hiiiii

3. Kenangan pahit anda ?
* pahit pulak sewaktu baby asyik melalak pada waktu siang,macam kena sampuk dibuatnye...rase sedih sangat,memang ingat la sampai bila2, yang pahit jugak baby kena kuning time dalam pantang,dah kena duduk wad...tak suka doktor amek darah die....sedih tengok die nangis...

4. Kata kata khas buat si suami ...
* kepada my husband..terima kasih banyak2 menerima dan menyanyangi saya seorang isteri
dan ibu kepada nur syafira...

5. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

* kepada anak ibu..bila besar nanti jadi orang yang bijak dan soleh,hormat orang tua, yang paling penting jangan tinggal solat dan belajar bersungguh2....

* kepada anak2 diluar sana, hormatlah kepada kedua orang tua mereka, dan jauhilah semua larangannye....

6. Apakah harapan anda kepada anak anda ..
* harapan saya pada nur syafira,menjadi seorang yang baik dan solehah di masa akan datang...jaga tingkah laku dan budi bahasa seorang perempuan.

7. Nasihat buat si gadis di luar sana ..
* nasihat saya buat gadis2 diluar sana...dengarlah cakap ibu/bapa, jangan mudah melawan, dan jauhilah perbuatan2 yang buruk di luar sana..ingat Allah k...sekian....

p/s: setakat ni saje yang saya leh share pada semua orang yang bace blog ni..ok wassalam