mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Thursday, December 22, 2011

hari yang bahagia

assalamualaikum semua pembaca...hari aku nak kongsi dengan korang 1 cerita yang gembira...alhamdulillah TUHAN itu maha adil dan maha mendengar.....termakbul doa aku,aku pregnant......bertambah gembiralah kami..terutama en.suami nak sangat anak lelaki yang sangat comel ok....tak dapat anak lelaki,perempuanpun ok jugak....aku tak kisah,janji baby dalam kandungan aku sihat dan sempurna...tu yang penting....kan


pada mulanya aku dah rasa aku dah ada isi dalam perut aku ni...so nak lebih kepastian,aku try test...hasil uji kaji pada malam tu terhasi(minggu lepas)l...ada 2 line....en.suami tersenyum lebar...............hiiiiii,malu...nak tengok tak has
il tersebut cuba lihat dibawah ini....




rambut fira kalau di ikat(nampak la panjang sikit rambutnya) ...lama gila ibu tunggu rambut fira lebat...tapi ibu tengok cam tu jugak....nak masuk 3 tahunpun still sama je.... geram tengok anak orang yang rambut lebat-lebat ni...rasa nak amek sikit....

Tuesday, December 6, 2011

cara potong kuku dengan betul

assalamualaikum dear blogger...lama tak bersua di blog ni...malas nak update blog,sebab banyak cerita yang aku alami..dan malas jugak nak cerita semasa aku bercuti seketika..eh apa dah ayat aku ni...dah tak betul....jom tengok cara-cara nak memotong kuku ikut sunah nabi....dapat pahala ikut sunah-sunah nabi...harus diamalkan,banyak manfaatnya..

sila lihat di bawah ini....



jari tangan diikuti dengan jari telunjuk dan seterusnya..
jari kaki diikuti dengan jari kelingking....

so jangan lupa amalkan ye...mudah-mudahan diberkati olehnya...

Friday, November 18, 2011

ada jugak seni aku untuk melukis..


assalamualaikum....
di pagi jumaat yang indah...

dear blogger,tiba-tiba hati aku nak jadi seorang pelukis pulak....eceh-eceh boleh ke? boleh kalau kita sentiasa berusaha,pastu akan dapat pencapaian yang terbaik...tapi setakat nak lukis gambar pokok,ayam,angry birds tu boleh la....senang je...hasilnya dibawah ni....walaupun lukisan aku ni tak berapa nak cantik,tapi dalam hati aku tak seburuk lukisan yang aku lukis untuk tatapan korang semua...aku lukis gambar tu guna mouse,gi kat start-all programs-accessories-paint...ni baru lukis kat PC,kalau lukis guna tangan dan hati maybe cantik sikit kot....




dulu masa tecik-tecik suka jugak melukis kartun...tengok gambar kartun tu,pastu lukis....kalau nak lebih cantik lukisan tu,,,kita tekap...maknanya kita letak kertas kosong kat gambar yang nak lukis tu,pastu kita ikut je balik hasil tekapan itu...korang faham tak...kalau tak faham..abaikan je la...buat faham sudah....

Monday, November 14, 2011

Greyson Chance di AIM 18

assalamualaikum dear blogger....salam pagi Isnin yang ceria...aku nak cerita pasal AIM 18 yang aku tengok kat rumah tempoh hari...memang best sebab pengacaranya zizan dan Ac mizal..asyik terkena je dorang ni,kutuk mengutuk antara 2 hos tu...memang tak bosan la...sebab ada persembahan artis youtube Amerika Greyson chance(memang kacak)tetiba aku jatuh cinta malam tu, dengan budak putih tu....kecik-kecik dah ada ramai peminat,suara mantap pulak tu...anak sapa la ni yang cute tu,lebih mantap lagi artis youtube malaysia Najwa Latif bergandingan dengan budak comel tu.

haaaa..ni la dia artis youtube AIM 18..

comelkan korang..ni la dia greyson chance

tetiba nak jadikan dia adik angkat aku...boleh ke...perasan...

beberapa artis AIM 18,pada malam tu...

najwa latif

my shila amzah..

neelofa

yuna

Diana

sarimah

ziana zain

najwa ,banyak tu award dia....

sensasi:minta share ye gamabr:)

Thursday, November 10, 2011

mood:kecewa kebelakangan ini

assalamualaikum dear blogger,selamat bertemu kembali...
mood nak menghupdate blog terbantut la....lidah aku luka,mybe aku makan udang banyak kot....ape kena mengena dengan udang....sebelum aku makan udang tu,tak kisahlah udang sambal ke,udang gOreng crunch ke..terlebih dahulu aku akan hisap udang tu dulu...sedap ok...rasanya manis lemak berkrim...tipu je...tak de krimpun...


so sekarang aku kena makan slow-slow....sebab lidah aku tak elok lagi...rasa pedih-pedih lagi...hrrmmm so sad...ni entry pendik,sementara jam menunjukkan pukul 5...

Friday, November 4, 2011

selamat bercuti dan selamat hari raya aidil adha...

x sabar nak lik kampung esok...

leh makan masakan mak,ayam masak kicap,rendang ayam...

kampunglah tempat aku bergembira bersama keluarga tercinta...

Monday, October 31, 2011

selamat tinggal bulan oktober 2011

assalamualaikum dear blogger...
penat sungguh kita fikirkan perkara yang merumitkan...tapi apakan daya apa yang berlaku pada diri kita,mesti kena rempuh jugak atau selesaikan masalah yang merumitkan itu.Dalam fikiran aku lah, banyak perkara yang aku fikirkan...kadang-kadang stress memikirkannya...mungkin orang lain diluar sana sangat gembira dengan keadaanya,tapi aku masih kusut buntu dengan penantian selama ini...


jiwa yang tidak mudah berputus asa

sekarang!!!dah akhir bulan october 2011,esok dah bulan baru...sebulan lagi dah tahun baru....alamak....makin bertambahlah usia aku,makin bertambahkah rezeki aku??...tu semua ALLAH yang tau,kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaannya didunia dan diakhirat...amin ya rabbal alamin.

semoga bulan yang baru ini,dapat sinar kehidupan yang semakin cerah terhadap diriku dan seluruh manusia yang ada dimuka bumi ini...insyaallah...my buah hati (syafira, rezeki yang tak ternilai,sangat teruja!)