mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Thursday, May 19, 2011

menginap di Hospital

assalamualaikum semua...hari ni baru leh nak cerita selama aku bercuti...macam-macam tejadi kat office...kenapa aku tak hupdate blog...sunyi sepi je....balik-balik entry yang sama.....sabtu malam aku dengan si kecik kena tahan wad,sabtu petang: kesian kat fira...time kat rumah asyik merengek je...tidur bangun,tidur bangun,maybe fira susah nak bernafas sebab dia selsema dan batuk berkahak,pastu nafas dia laju dan berbunyi.......aku sapu vick banyak kali...tak reda langsung...akupun dah naik risau...asyik menangis je..last-last buat keputusan nak call ayah fira,demm,kredit pulak habis...bertambah risau,nasib baik ayahnya balik cepat...siap-siap terus pergi hospital,sampai sana kena tahan la pulak,doktor terus bawa kami di bilik kecemasan...fira nangis kena amik darah,pastu kena sedut oksigen...meronta-ronta tak nak pakai oksigen tu...first time pulak masuk wad...sebelum ni dia sihat je...dalam hati seorang ibu,jangan la ada penyakit,dah la fira kecik lagi...

sementara kami di bilik tu,ayahnya mendaftar nak masuk wad..pastu pergi x-ray pulak....baru masuk wad..doktar kata fira kena jangkitan kuman kat paru-paru,mugkin batuk dia terlalu lama dan berkahak menyebabkan susah nak bernafas dan mudah di serang kuman...sabtu malam masuk, selasa petang baru leh kuar....lama jugak la....bosan pun ada duduk dalam wad tu....asyik kena soal je.....layannnnn......

masa kami di wad 6B katil 23,pastu pindah ke katil 7....boleh pulak pindah-pindah yerk...layan.

ni time malam masuk wad...
tengah syok tidur,letih kot asyik menangis je

pagi esoknya...nurse suruh fira pakai oksigen yang dekat hidung tu
aku tak pakaikan sebab kesian kat dia,last2 aku kena ceramah dengan nurse tu,sabar je la aku..
semenjak tu aku pakaikan oksigen tu..sebab nafas dia tak ok lagi...

puting mesti ada,kalau tak melalak satu wad...segan aku dibuatnya kang...

tidur time,dekadt wad ni lama pulak dia tidur...aku je yang tak tidur2...asyik tengok fira je.... tak sangka kena duduk kat wad..3 hari pulak tu...

ni time dah sihat sikit..mula la turun naik katil...
time ni pening sikit,fira asyik nak main kat bawah je...

tidur lagi...kan aku cakap dia ni kuat tidur kalau kat wad...
maybe sebab ubat jugak la...

dah bangun...tinggal kenangan,hope selepas ni tak akan berulang lagi..
insyaallah

ayahnya suka melayan fira..aku yang suruh husband snap pic..

ni la kisah pahit manis aku di hospital klang(HTAR)...anggap la apa yang terjadi kepada diri aku,anak dan suami aku,adalah satu cubaan dugaan hidup sesebuah keluarga dan menjadi kenangan dalam hidup.

p/s:jangan la biarkan anak anda batuk berlanjutan,kalau batuk cepat2 bagi ubat atau jumpa doktar..kalau tak elok jugak pergi lah hospital...sayangilah anak anda macam mana kita sayang diri kita sendiri...

k.tq kerana sudi baca kisah ayu slepping...

4 comments:

Mrs. Simplicity said...

alahai sian fira, anak2 sy kalau batuk selsema mmg prolong jugak. so mmg banyak kali la repeat jumpa doktor. bersilih antibiotik smpi elok. kita la yg kena monitor. hope fira tak sakit lg la ye :)

Noor Fatin said...

sabar kak. doa banyak2. semoga dia cepat smbuh. kalau dia demam ka apa ka, cpat2 bawak ke hospital. takot lagi melarat kalau tak check awal2. :)

ayu sleeping said...

alyyani:budak2 klu selsema ke batuk ke x leh biarkan lama2...nanti melarat pulak..terima kasih.
fatin:tq for the advise

Cik Asma BLuppy said...

semoga cepat sembuh baby fira..
tomei tol...^^