Cara membentuk alis
1. Anda boleh menebalkan alis menggunakan bantuan celak. Tetapi pastikan anda melakukannya selepas memakai bedak asas bagi memberikan kemasan pada solekan.
2. Tebalkan lengkungan alis menggunakan celak yang tajam dengan meniru struktur alis anda. Samarkan bahagian yang tidak ditumbuhi rambut dengan bedak yang warnanya lebih terang daripada warna alis anda. 3. Elak menggunakan celak yang tumpul atau terlalu lembik kerana akan menghasilkan garisan yang tidak rata atau ketebalannya tidak sekata. 4. Jika ada bahagian yang tebalnya tidak sekata, sebaiknya gunakan putik kapas yang sudah dioleskan bedak asas kemudian rapikan menggunakan bedak. 5. Sekiranya alis anda tidak tebal, dengan bantuan celak, bentukkannya kemudian tambahkan maskara bagi memberikan kesan lebih dramatik.
sumber:METRO
2 comments:
tq sharing info.nk try la :)
SAMA2 DEAR
Post a Comment