mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Monday, August 29, 2011

anak pertama elyana dan khairul

assalamualaikum dear blogger...selamat bertemu lagi di dalam blog dan selamat hari raya jugak..esok raya yeyeye..kali ni nak share tentang koleksi gambar cahaya mata elyana dan pasangan yang lahir pada 27.08.2011 bersamaan 6.45 petang..anak perempuan lagi...korang nak tau...tarikh lahir anak elyana sama dengan tarikh lahir my princess fira...mula-mula tu tak sangka jugak...cam pernah tengok je tarikh ni...rupa-rupanya sama...hehehe ko hado...

dibawah ni ada beberapa gambar terbaru anak elyana dan pasangan....mesti gembira kedatangan anak barukan...jom tengok..comel putih+ gebu


nama tak di umumkan lagi....tunggu.....



Friday, August 26, 2011

sahur makan ala kadar...

assalamaualaikum dear blogger...korang nak tau tak subuh tadi aku bangun sahur kul berapa...memang kadang-kadang tu aku tidur mati...nasib baik aku tersedar nak bangun sahur....aku tengok jam hanset banyak kali...betul ke pukul 5.30 ni...kelam kabut aku bangun,tengok jam kat luar..memang betul aku dah terlajak bangun sahur...cepat-cepat aku kejut en husband..pergi dapur terus capai pinggan..laju-laju aku makan nasi....air teh o" tak sempat pulak nak buat,air pun tak panas lagi..minum air sejuk je...jadilah....buat isi perut,ambil keberkatan bersahur...

fira baca buku sebelum tidur....cehhhh

kat office ni...unit lain dah minta maaf kat unit kita orang...bagus betul la dorang ni...member pulak ada yang half day..nak balik kampung katanya..bestnya...aku tak boleh nak balik kampung sebelum raya...kena raya sini dulu.....hmm,wat kerja dah tak mood....tinggal berapa kerat je kat office ni....

persiapan raya,macam kasut,dress fira,semua dah selesai..
tinggal baju kurung je tak selesai lagi....lambat la....nak basuh lagi.....
yang lain semua dah beres,tinggal nak masukkan duit raya dalam sampul je...ngeeee

SELAMAT HARI RAYA KORANG,KALAU BALIK KAMPUNG,HATI-HATI DI JALAN RAYA INGAT ORANG TERSAYANG,KALAU BERAYA LAK,INGAT JANGAN MAKAN TERLAMPAU BANYAK...TERSEKAT PULAK KANG....

Wednesday, August 24, 2011

jom masak macaroni goreng....hmmm sedap!

assalamualaikum dear blogger...petang ni rasa macam nak makan makanan orang putih la...macaroni....lama dah tak buat...mintak-mintak petang ni sedap yerk aku masak...hehehe tak sabar nak masak dan tak sabar nak ngappp..makan....teringin sangat...bahan-bahan ada yang dah beli..


minuman pulak aku buat air bandung ais...selalu kalau aku berbuka ,mesti kena buat air rebina,hari ni aku nak tukar air lak,sedapnya air bandung...pastu letak cincau...lagi sodap....hmmm kenyang air je gamaknya kang....

Tuesday, August 23, 2011

semakin dekat nak raya semakin malas nak wat kerja

assalamualaikum semua....happy 23 ramadan,mesti semua orang tak sabar nak rayakan...asyik teringat kat kampung halaman je..aku cam biasa lah raya pertama baru gerak ke kampung sungai besar...tiap tahun lah mesti kena raya klang dulu....Raya ke 3 kena lik klang balik...aku rasa macam sangat sekejap aku di kampung halaman dengan adik beradik aku....makin hari,makin malas pulak nak wat kerja..buat yang mana penting je....

raya time zaman single sangat best....suka hati nak cuti raya bila,nak balik rumah sewa bila....dah jarang nak tolong mak masak-masak kat dapur...pasang langsir,lap tingkap,kemas rumah...sungguh bahagia hari tu...tapi semuanya hanya tinggal kenangan.mak abah,adik,abang,sorry tak dapat tolong korang kat kampung time menjelang raya...mak aku sangat memahami aku sebenarnya...dia nak aku duk lama sikit kat kampung...tapi apakan daya...nasib telah berubah..lagi dah berumah tangga...panjang tangga,panjanglah ceritanya...hehehe...no sadis-sadis ye...sapa yang rapat dengan aku....tau lah perasaan aku..

biarlah aku menghappykan diri aku sentiasa...no sedih-sedih...tapi kalau tak dapat bersama dengan orang yang kita sayang..mau tak sedih...hmmmm...tuhan saja yang tau perasaan terpendam di hati...sekarang saya sangat happy,sebab dah 3 tahun saya hidup bersama en husband yang tercinta,bertambah gembira lagi,apabila kedatangan my little princess fira....rasa terubat jugaklah kesedihan yang orang tak nampak pada diri aku...

Friday, August 19, 2011

rezeki di bulan puasa

assalamuaikum dear blogger.....

selamat berpuasa ke 19 hari...

lagi 10 hari lagi syawal menjelma....

mesti korang tak sabar nak berayakan...

jangan lupa simpan duit untuk lepas raya pulak...

kata orang jangan membazir di bulan puasa ni,tak elok...

beli apa yang patut je..akupun tak de la membazir sangat....

bulan puasa ni jugak,rezeki orang bersedekah bertambah-tambah...

alhamdulillah..semuanya itu pemberian daripada Allah maha adil.......

kita hanya mampu berdoa siang dan malam...untuk mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat....

Monday, August 15, 2011

teringin nak makan ikan keli berlada la....sedapnya..

assalamualaikum dear blogger,hope kamu sihat dan diberkati semua...gedebup..gedebab,dah puasa yang ke 15 hari..rasanya masa berputar begitu pantas....semalam buka puasa korang makan apa??ce citer...aku makan roti john,ikan siakap,ayam masak berempah..semuanya sedap-sedap...tapi aku makan tak banyak sangat kot...makan sikit-sikit je..kalau agak-agak lapar,sambung balik...hehehe..

malam tadi aku tengok perlawanan badminton Lin dan vs Chong wei...aku memang dah agak dah lin dan mesti champion punya..memang handallah dia...kagum pulak aku tengok kehebatan dia,steady je dia main..kesian chong wei,maybe tak de rezeki buat dia...walaupun dia bermain dengan bertungkus lumus,nak kalahkan Lin dan yang 4 kali menang piala dunia...sangat teruja aku dibuatnya...tahnih Lin dan dari pemain China..

berbalik pada tajuk yang sebenar,rasanya aku dah lama tak makan ikan keli,tak kisah la masak apa-apa...yang pasti akan aku dapatkan jugak ikan keli berlada pada petang ini...sebenarnya macam ni ceritanya petang semalam,syok-syok aku lipat kain..tiba-tiba dalam fikiran aku terlintas nak makan ikan keli,so sampai hari ni aku masih teringat padanya...sampaikan aku buat entry khas istimewa ikan keli berlada...ha sudahhh mula la aku ni merepek...

Wednesday, August 10, 2011

Bonus Raya 2011 – Kerajaan Umum Bonus Raya kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. “Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

p/s:syukurlah kalau dapat bonus ni...alhamdulillah,ringanlah beban nak menyambut hari raya..
kerajaan negeri SELANGOR katanya nak bagi jugak separuh dari gaji,minimum RM 500,Raya sakan la korang yerk....jangan lupa menabung jugak...


Friday, August 5, 2011

Sungai Besar

assalamualaikum semua pembaca setia...harap sihat...

hari ni aku gembira,sebab esok aku balik kampung halaman,di sungai besar,selangor...

rindu mak,abah,adik beradik & masakan emak...

by selamat berbuka puasa....

Thursday, August 4, 2011

Risau baju Raya tak siap lagi..

assalamualaikum dear blogger,

selamat menyambut bulan ramadhan yang ke 4 hari...hehe

semalam korang berbuka puasa apa?..

mesti macam-macam korang beli kat bazarkan...

nampak cucur udang,nak beli,
nampak ayam percik ,nak beli,
nampak tepung pelita,nak beli jugak..
nampak air soya ,nak beli...

asal nampak makanan sedap...asyik membeli je kerjanya..

stoppp!!!!!!!!!jangan membazir,beli apa yang teringin sahaja...
kalau beli banyak-banyak,habis dimakan tak pe...
kalau tak habis loyong dalam tong sampah sudahnya(loyong bermaksud:buang,campak)

membazir amalan syaitan...

berbalik pada tajuk diatas,aku sangat-sangatlah risau dengan baju raya yang aku tempah belum siap lagi...ni lah orang yang suka lengah-lengahkan masa,beli kain ela lambat,sebulan nak puasa baru hantar kat taylor...hmmm rasakan.., lambat la siap gamaknya...ini bermakna apa yang terjadi pada tahun ni akanku jadikan iktibar pada tahun seterusnya...
ada satu baju tu aku nak jahit manik...sendiri bikin ma....saja nak berlajar...sempat ke tak sempat..manik dah beli tinggal jahit je....

Monday, August 1, 2011

bunga Ros Membuatkan aku terharu...

assalamualaikum...dear......--- you mula-mula nak cari wallpaper bunga ros,tiba-tiba teringat,kisah dulu kala,time disekolah menengah,time tu aku from3,pada tahun tu jugak sekolah aku ada wat hari kantin,sapa-sapapun leh datang....memang seronok la...kelab aku ada bukak kedai gak,tak silap aku kitaorang jual ayam goreng ala kfc,pastu jual minuman float...mesti korang pernah minum,sedap jugak,air gas(tak kisah lah air gas perisa apa)+ ais krim,mambles,kadang-kadang tu ingatan aku kuat jugak,peristiwa,kenangan pahit manis ada jugaklah ingat sikit-sikit,berbalik pada cerita yang sebenar...

(suka color oren & merah)

aku rasa terkejut,terharu,gembira,suka...sebabnya ada seorang mamat ni,(memang aku kenal dah)aku tak tau la dia syok kat aku ke tak atau saja nak bagi aku benda tu sebagai tanda persahabatan,nak tau apa?.....sejambak bunga ROS...akupun amek la apa lagi,hehehehe aku suka sangat kat bunga tu,sebabnya fisrt time dapat dari seseorang yang bernama lelaki...hiiiiii,akupun terus cium dia,ehheehhh bukan cium mamat tu la,bunga ros yang dia bagi...senyum sampai ketelinga beb...(time tu cam batak sikit)...so buat kerja tu dengan hati yang penuh gembira..setibanya sampai rumah cepat-cepat letak bunga dalam air pastu bak kata pepatah orang,kalau nak bunga ros tu tahan lama,letak la panadol,dalam seminggu cam tu,ros tu segar je memanjang...akupun letak la sebiji panadol...sorry ye korang,cerita aku ni tak ada perenggan pulak...tapi fahamkan..heheeee..apa yang aku cerita tadi,setakat nak kongsi dengan korang,supaya kenangan tu tetap dikenang, dalam ingatan sanubariku..(hehehe tiba-tiba aku senyum sorang-sorang)gila ke apa?!!!!!!!!!

sekian