mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #3 baik peluk tiang lagi best

assalamualaikum...?
biarlah gambar bercerita...






by

Thursday, June 23, 2011

Musim Aaron Aziz popular

assalamualaikum dear blogger, so sweet...seth tan makin popular....baru aku tau dia ni bukan orang Malaysia...jom baca artikel aaron aziz...


SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.

“Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.

“Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya berjalan serentak di televisyen dan layar perak,” ujarnya.

Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai tetapi ia tidak akan berkekalan.

“Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga kerana musim.

“Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula, cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai pelakon,” ucapnya.

Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan orang lain.


AARON AZIZ dan isteri bakal menunaikan umrah pada bulan depan dan bakal menukar kerakyatan Singapura kepada Malaysia.


“Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak, saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

“Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.

Romantis Aaron

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.

Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan romantis ia sentiasa berbeza.

“Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza,” kata duta L'Oreal Men itu lagi.

Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.

“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

Singapura ke Malaysia


BARISAN pelakon Stanza Cinta bergambar dengan pengarah drama ini. Along Kamaluddin (dua dari kanan).

Cerita bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia aktif berlakon di Singapura selama lima tahun, sebelum meneruskan kerjanya di Malaysia.

Sejak menjejakkan kaki di dalam industri seni Malaysia, terangnya, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan pada tahun 2007 Aaron membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.

Tahun ini, selepas lima tahun di Malaysia, Aaron sekeluarga sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia.

“Saya sudah lama bekerja di Malaysia dan sudah mempunyai ramai rakan dan kerjaya yang stabil di sini. Malah, isteri dan anak-anak saya juga selesa tinggal di Kuala Lumpur.

“Tahun ini, saya sudah jual semua aset saya di Singapura dan bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia. Keluarga saya di Singapura tidak menghalang keputusan saya kerana mereka memahami jiwa saya kini di Malaysia,” jelasnya.

Bagaimanapun, sebelum memohon status penduduk tetap, Aaron dan isterinya Diyana terlebih dahulu akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 13 Julai depan selama 11 hari.

“Ini kali pertama saya akan ke Mekah bersama isteri. Saya memang rasa teruja, kerana tidak pernah ke sana, selama ini pun saya hanya dengar cerita daripada orang sahaja.

“Nanti di sana saya juga ingin berdoa agar permohonan status penduduk tetap saya akan dipermudahkan dan saya akan uruskan proses permohonan itu sekembalinya saya dari Mekah,” tuturnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar drama Stanza Cinta.

sumber: kosmo!

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #3 memek muka Bani(anak buah saya)

assalamualaikum dear blogger..jom layan gambar minggu ni pulak,biarlah gambar bercerita...lagi syiok..!!!


anak buah cik ayu, semuanya comel

Monday, June 20, 2011

"GA Ashraf Sudah 1 Tahun"

assalamualaikum dear blogger yang ku hargai semua...

dan salam kenalan pada pihak penganjur GA(akuamiey)

aku join GA lagi..

klik banner untuk join yerk..

untuk ashraf,ibu fira nak ucapkan selamat hari lahir yang pertama(1

tahun),

jadi anak yang baik dan beramal soleh ye..jangan melawan

cakap ibu bapa pulak kalau dah besar nanti...

Thursday, June 16, 2011

"wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest"

assalamualaikum dear blogger kali ni aku join GA dari wildcutecat..best-best jugak hadiah yang di beri...hehe akupun nak menamg gak..insyaallah...sapa nak join klik banner di bawah,mari semua kita serbu...

baby arissa,chomel

my princess ibu & ayah

nama:Nur Syafira Binti Mohd Tahar
tarikh lahir: 27.08.2009
tahun pic: 2010 tarikh tak ingat la
nama ibu: Rahayu Binti Saparuan

ok siap semua..

Wednesday, June 15, 2011

Thanks Nuffnang,semoga bertambah maju!

assalamualaikum semua,hari ni aku nak cerita pasal iklan yang tengah popular sekarang dikalangan blogger,iaitu nuffnang,kebanyakkan aku baca blog-blog,mesti ada iklan ni...termasuk aku...akupun baru jugak dalam iklan nuffnang,orang kata nuffnang ni lumayan kalau kita pandai buat tarikkan,kalau orang klik kat iklan nuffnang kita dalam blog tu,dapatlah ganjarannya...kalau banyak orang kunjung,lagi banyak kita dapat,tak sia-sia kita berblog...boleh cecah 1k,2k,3k....bestkan...rasa teringin lak,tapi aku ni sapa, nak cecah ribu riban cam tu,dalam mimpi je lah...tapi alhamdulillah dalam akaun nuff aku ada lah jugak duit yang nuff bagi,terima kasih sangat-sangat..kalau banyak leh simpan tuk masa depan anak aku kalau aku dah tua nanti..hehehe..


aku baru tau logo cam orang tengah menjerit tu ada maksud tersendiri,ni pun aku tau dari blogger lain,mintak share ye...sorry kalau marah
Logo Nuffnang tersebut ada ilustrasi orang yang meletakkan tangannya di mulut sambil melaungkan sesuatu.

Ini menunjukkan melambangkan usaha untuk meningkatkan kelantangan percakapan dan juga melambangkan aktiviti kedua-dua pihak blogger dan pengiklan.

ok tu saja..


Wordless Wednesday #2 buah hatiku fira

assalamualaikum dear blogger,biar lah gambar bercerita di hari Rabu ni.
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan



yeah...by

Monday, June 13, 2011

syioknya tengok KL Gangster.....

assalamualaikum semua...hari ni aku nak cerita pasal aku tengok wayang semalam...memang tip top lah cerita tu...asyik gaduh je....tapi zizan memang lawaks lah....kelakar pun hadooo...kalau korang tak caya,cuba lah tengok....sampai-sampai kat wayang,mak aiii....panjang gila beratur orang nak tengok wayang,tak usah lah nak tengok wayang cerita hot,beli dan tengok time tu jugak...memang full,sold out..hehehe...kami dah tau dah...kami pergi beli tiket awal-awal lagi...tak payah nak beratur panjang..confrim mesti banyak tempat duduk yang cun punya....itulah style kami...

cool je aaron aziz ni,kalau kena belasah...*(seth tan dah glamor)

ni babak yang aku paling kesian..abang long fadil(watak dalam cerita ni)zizan kena tikam dengan samsul...ishh..ish dia memang jahat.


memang seronok...fisrt class

Wednesday, June 8, 2011

"Wordless Wednesday" # 1 kahwin erin

assalamualaikum..hehe aku nak jugak buat entry ni biar la gambar yang bercerita sendiri...yerkkkk...first time buat entry ni...lain kali leh wat lagi...jom layan gambar di bawah...
biarlah gambar bercerita pada hari RABU ini...hehehe





TAMAT

taman permainan seksyen 7 shah alam

assalamualaikum semua....aku muncul kembali....sapa cakap aku tak da,mesti ada...inilah tempat aku meluahkan sesuatu perkara yang terlintas dalam fikiran aku,terpendam apa yang aku rasa dalam hati....so apa yang aku kongsikan dalam blog ni adalah cerita yang penuh erti suka duka dalam kehidupan aku, biarlah blog ni sentiasa bersama aku...tak pernah jemu jengok dia(oh blog)..

okay,berbalik pada tajuk di atas...ari tu aku bosan-bosan,aku siapkan diri aku dan si kecik aku,pergi taman mainan...time aku pergi tu ramai gak la,best kot tempat tu,ada alat senaman yang dekat gim tu...tapi yang simple-simple je,tapi masa tu aku tak terai lagi,sebabnya akukan seorang yang pemalu di tempat baru,so aku tengok je orang..lagipun aku bawak si kecik tu,susah aku nak bergerak kang..

reaksi fira dapat main kat situ,sungguh gembira...asyik nak main gelongsor je...penat aku layan,lama jugak la aku melayan si fira tu,sampai nak dekat pukul 7pm dia tak nak balik,aku ajak balik dia geleng-geleng kepala,pastu nangis,haaaa sudah....dalam hati(macam mana ni,x nak balik pulak,orang dah la ramai malu aku)so apa yang aku buat...macam biasa la aku pujuk dengan ayat power aku..hihihiiiiiii....senang je....sure tak nak balik lagi kalau aku datang kali ke dua...confirm... di bawah ni,de sedikit pic yang aku sempat snap...layan yerk...

ni lah tempatnya,yang macam alat senaman tu,aku tak snap,sebab ramai orang test power..

ibu suruh pandang camera,dia pandang orang kat situ...

wat muka selamber dia je...pandang tempat lain lagi...

one more...tak pernah datang kat sini,fira cam jakun sikit...ngeee

wek:P aku suruh ejek...sikit je dia keluarkan lidah dia,sweet la tu konon...

pandang tempat lain lagi,aku je la yang syiok sendiri..


ok tamat di sini sahaja..
tqvm kerana baca cerita ayu sleeping
by..

Monday, June 6, 2011

best jugak la Xmen First Class

assalamualiakum...semalam on the way dari kampung terus tengok wayang dekat jjusco bukit raja..tengok cerita xmen.tiket dah beli masa hari sabtu....confirm kalau beli time nak tengok hari tu jugak,mesti beratur panjang....nasib baik kami dah beli awal-awal.sampai-sampai dekat panggung wayang,tak boleh masuk pulak,sebabnya ada masalah teknikal,kul 5 baru leh masuk...boleh ke cam tu..so aku,husband,fira n sister pergi la makan kat MCD dulu,sampai nak dekat pukul 5,

pukul 5 berikutnya...masuk dalam panggung...pun tak start lagi ceritanya...fira dak menjerit-jerit bersuka ria main gurau-gurau dengan cik na dia(adik aku)..korang nak tau pukul berapa wayang start..1/2 jam jugak la tercongok kat situ..orang yang dalam panggung macam dah bengang jugak la...aku pun sama..ingat kita tak de kerja lain lagi ke...

ini lah para pelakon hebat x men first class

ini geng baik...

ini geng jahat....

so apa tunggu lagi kawan-kawan,pergi lah tengok cepat...best....

Friday, June 3, 2011

sibuk bekerja ok....

Wednesday, June 1, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

assalamualaikum dear blogger yang di kasihi...kali ni aku join giveway dari Nisa Menaip..terasa teruja dengan hadiah-hadiah yang di sponsor oleh blogger lain..best2 lah hadiahnya....aku nak mencuba nasib...kalau ada rezeki..ada lah...kalau korang nak join klik banner di bawah ini...


hadiah semua di taja khas oleh blogger di bawah ini....



nak tag:
1.ezy
2. juju

ok siap....