mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Thursday, September 29, 2011

Slot Akasia (SOFFIYA) TV3

ASSALAMUALAIKUM?... semua pembaca setia....hari ni nak cerita tentang drama ni,memang aku suka tengok setiap malam...tapi aku kesian kat TIZZ ZAKIAH(soffiya) sangat-sangat...kalau korang nak tau cerita tu best ke tak,pukul 7.00 pm- 8 pm setiap isnin - khamis,Tv3..cuba tengok...bagi aku,aku suka tengok cerita menghayat hati ni....

Sinopsis slot Akasia Tv3 SOFFIYA
Drama Soffiya yang bersiaran di tv3
telah menarik begitu ramai peminat drama melayu. Di bawah ini saya tuliskan sedikit sinopsis kisah drama Soffiya melalui slot akasia di tv3..

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta..

Namun,Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

Thursday, September 22, 2011

Renungan Mata yang Menggoda

Cara membentuk alis
1. Anda boleh menebalkan alis menggunakan bantuan celak. Tetapi pastikan anda melakukannya selepas memakai bedak asas bagi memberikan kemasan pada solekan.


2. Tebalkan lengkungan alis menggunakan celak yang tajam dengan meniru struktur alis anda. Samarkan bahagian yang tidak ditumbuhi rambut dengan bedak yang warnanya lebih terang daripada warna alis anda. 3. Elak menggunakan celak yang tumpul atau terlalu lembik kerana akan menghasilkan garisan yang tidak rata atau ketebalannya tidak sekata. 4. Jika ada bahagian yang tebalnya tidak sekata, sebaiknya gunakan putik kapas yang sudah dioleskan bedak asas kemudian rapikan menggunakan bedak. 5. Sekiranya alis anda tidak tebal, dengan bantuan celak, bentukkannya kemudian tambahkan maskara bagi memberikan kesan lebih dramatik.



sumber:METRO

Sunday, September 18, 2011

Raya tak jadi! syok giler,gelak sakan aku dibuatnya.

assalamualaikum dear blogger..bertemu lagi yerk.syukur alhamdulillah..nak share semalam hari yang penuh gelak tawa,tapi dalam kegembiraan,ada terselit rasa sedih,hampa....(tu aku je yang tahu)semalam aku,en suami dan fira tengok wayang kul 2pm...memang best cerita yang digadingkan dengan saiful apek senario & johan raja lawak....memang betul-betul best...sapa yang tengok mesti rasa nak tengok lagi,tapi aku tunggu vcd keluar baru aku beli...sedap der ceritanya...


so apa lagi...sapa yang belum tengok movie ni...pi lah tengok..sapa rasa strees,peras menonggeng bagi couple-couple yang gaduh,terpisah tu...tengok lah movie ni,mesti anda tergelak punya...hahahaaaa....memang best...tapi HANTU BONCENG tak tengok lagi...dah lama pulak cerita tu berlalu..beli cd sudah...

Wednesday, September 14, 2011

birthday Fira yang ke 2 tahun

assalamualaikum dear blogger, sorry fira ibu lambat nak update tentang hari lahir fira pada 27.08.2011..bersamaan 27 ramadan,hari sabtu...walaupun dah terlambat nak share,tapi aku nak cerita jugak kat korang semua...walaupun ada yang segelintir sahaja yang menjengah,kat blog ayu sleeping.. petang 27.08.11 tu,lepas balik kerja,relax2 dalam bilik jap,bukak tv...aku perasan gak la,napa en suami lambat balik?selalu dia sampai dulu....ahhh lantak la,maybe dia singgah bengkel terus kot...rupa-rupanya dia balik kerja lambat sebab beli kek untuk si kecik kesayangannya FIRA... aku bajet dia tak sambut...(tak nak beli kek)sebab time fira 1 years tak sambutpun...so akurasa awesome sangat-sangat....ingat jugak dia kat kesayangan kami....tq AYAH...

so time fira nampak kek tu...dia suka sangat,sebab ibu cakap ni kek fira....pastu merengek pulak nak pengang kek tu dan nak tengok sekali...akupun cepat-cepat simpan kek tu...meraung-raung jugak la...nakkan kek tu..".ekek..ekek.." fira cakap..akupun pujuk la dia....dah lama tu baru dia diam...

bawah ni ada gambar "ekek" fira....

pembetulan,ayah fira salah eja nama anak dia sendiri
SHA-Salah,SYA- Betul,janji de bunyi fira sudah...

ni time belum nyalakan lilin...
2 lilin untuk 2 years

dah nyalakan...tapi suasana blurrr la...

ni time nak potong kek,lilin pun dah cabut..
napa fira masam je muka...

meniti hari, detik demi detik

assalamualaikum dear blogger...

setiap hari menanti kehadirannya....

tapi itu tidak pasti bagiku....

mengharap untuk bersamanya...

berdoa kepadanya untuk permudahkan...

dan mencapai hajat yang di hajati untukku....

insyaallah,moga dengan kehadirannya...

akan lebih bermakna dalam hidupku....

Friday, September 9, 2011

Thanks Nuffnang,bagi duit raya,walaupun sikit tapi bermakna

assalamualaikum.dear blogger...

dapat duit raya dari nuffnang...

saya suka sangat2...

walaupun sikit,tak banyak cam blogger femes...

tapi yang masuk tu,amat bermakna bagi saya....
syukur alhamdulillah

hehe,titiba jadi batak jap...

mula-mula buka akaun nuffnang,terus senyum sampai ke telinga...

sengeh sorang-sorang...
bertambah jugak la, aku punya jumlah....

hihihiiiiii..

tq nuffnang dan para pengunjung...selamat hari raya...


i like......100x

Wednesday, September 7, 2011

jom tengok Hantu Bonceng!tapi bila?

assalamualaikum semua...harap ceria selalu...nak tanya ni,korang dah pi tengok wayang ke cerita hantu bonceng....member yang kata sedap jalan ceritanya...minggu lepas hari sabtu nak tengok cerita ni kat jjusco,tapi dah sold out pulak...so pe lagi...tidak membuang masa en suami beli tiket tengok cerita CAR 2...layan je la...ingat nak bagi fira tengok...mula-mula je dia tengok,last-last dia dah bosan...main panjat-panjat atas kerusi la...turun naik tangga la,taburkan pop corn la...ishhhh...lantak janji diam,jangan terpekik terlolong sudahhhhhhhh...


bila ha nak ajak en suami tengok hantu bonceng tu...kalau tengok malam,tengah-tengah malam fira tidur,takut ngigau pulak kang....tunggu la masa yang sesuai ye...


Sinopsis
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.


belum kesempatan nak upload gambar raya...

assalamualaikum dear blogger...rasa rindu di hati pada blog aku ni...kesian dia...balik-balik entry lama...sorry ye u alls...nak kata bizi,ada jugak la sikit-sikit,tapi aku de penyakit M tiba-tiba..hari-hari buka blog,bukan nak update sekali...MALAS tahap Gaban...isshhishhh,tak sangka hari ni dah raya yang ke 9...hehehe selamat hari raya korang...semoga raya tahun ni disambut dengna penuh bermakna...kalau tak bermakna,buat-buat bermakna la...dont sedih-sedih di bulan syawal ni...kena ceriakan diri...senyum selalu...dont masam-masam


sebenarnya aku nak sangat masukkan gambar raya...sampai ke hari ni belum lagi de masa...sapa yang sudi nak tengok gambar raya aku..tunggu kemunculan dalam minggu ni atau minggu depan...ceh bajed femes pulak....akupun tak tau nak letak gambar apa dalam entry aku ni....

hehe asik gamabr aku je dipaparkan...amek ko aku tepek gambar baby comel