mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Monday, October 31, 2011

selamat tinggal bulan oktober 2011

assalamualaikum dear blogger...
penat sungguh kita fikirkan perkara yang merumitkan...tapi apakan daya apa yang berlaku pada diri kita,mesti kena rempuh jugak atau selesaikan masalah yang merumitkan itu.Dalam fikiran aku lah, banyak perkara yang aku fikirkan...kadang-kadang stress memikirkannya...mungkin orang lain diluar sana sangat gembira dengan keadaanya,tapi aku masih kusut buntu dengan penantian selama ini...


jiwa yang tidak mudah berputus asa

sekarang!!!dah akhir bulan october 2011,esok dah bulan baru...sebulan lagi dah tahun baru....alamak....makin bertambahlah usia aku,makin bertambahkah rezeki aku??...tu semua ALLAH yang tau,kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaannya didunia dan diakhirat...amin ya rabbal alamin.

semoga bulan yang baru ini,dapat sinar kehidupan yang semakin cerah terhadap diriku dan seluruh manusia yang ada dimuka bumi ini...insyaallah...my buah hati (syafira, rezeki yang tak ternilai,sangat teruja!)

Friday, October 28, 2011

pagi-pagi dah jem kat padang jawa

assalamualaikum dan selamat hari jumaat,dear blogger....
keluar nak pergi kerja, start kereta....
aku keluar dari lorong rumah aku...
aku toleh kiri....mak oiii jem siot....
hehe dalam hati otak dah terlintas,
confirm lambat la aku masuk office....
alang-alang lambat ,macam biasa la,
aku suka ikut jalan shortcut.....
pastu singgah jap beli nasi lemak,my faveret eat....
kata lambat, slow-slow la bawak kereta...(tipu je)
jangan harap la aku bawak kereta slow,
lambat ke cepat ke....laju tak laju la aku drive...


smapai office,nasib baik aku dapat parking cantik sikit...
kat bahagian depan...ok la tu....
korang cuba teka aku lambat berapa minit....1,2,3.....
haha yang pasti aku pecah rekod....tak pernah aku lambat cam ni..
8.06 minit der...sobs....haha pedulik hape...
ni office aku yang punya....cittt....

Tuesday, October 25, 2011

pagi-pagi buat aku hot....

kalau camtu la gayanya.....
tak maju la bisnes....
tak boleh lebih kurang langsung...
macam.......bagus je!!!
jaga lah hati pelanggan sikit...
cekik darah betul...melampau...
ingat tak nak ungkit pasal ni,,,
tapi nak luahkan serba sikit..apa yang aku rasa....
ingat aku tak de perasaan ke....
gerammmmm.......

tq korang yang sudi baca....

Wednesday, October 19, 2011

Hero -REAL STEEL

AKTOR Hugh Jackman boleh dikatakan antara rakyat Australia yang cukup bertuah apabila mereka mendapat undangan istimewa dari Ratu Elizabeth untuk hadir pada satu majlis jamuan yang diadakan di Buckingham Palace, London pada minggu lalu.

Majlis berkenaan dianjurkan sempena dengan lawatan Ratu Elizabeth ke Australia yang sehingga kini masih dianggap sebagai sebahagian dari wilayah jajahan Inggeris bermula pada Isnin lalu.

Oleh yang demikian, seramai 350 warga Australia telah diundang ke majlis tersebut. Malah, Jackman adalah antara selebriti kelahiran Australia yang berkesempatan untuk berbual dengan beliau sambil menyatakan masyarakat di negaranya itu berbesar hati dengan kunjungannya.

"Apa yang saya tahu rata-rata masyarakat di Australia memang menyukai Ratu Elizabeth. Bahkan, mereka yang menganggap Australia sekarang sebagai sebuah negara republik tetap menyimpan rasa hormat kepada beliau," ujarnya seperti yang dipetik melalui Contactmusic.

Seorang lagi pelakon yang turut mendapat undangan yang sama ke majlis itu adalah aktres Elle Macpherson.

sumber:kosmo!

Tuesday, October 18, 2011

Pandai fira "Terharu Mak Nak"....

assalamualaikum...hari ni nak share pasal si kecik aku ni,semakin hari semakin nakal pulak sekarang ni...gambar kat bawah ni pasal fira tengah main lego kot aku panggil...dia main-main...pastu dia cakap kat aku :bu,bu pastu dia tunjuk kearah lego tu...pastu aku jawab balik...eee pandainya fira buat...kita sebagai ibu kena puji...baru anak ni rasa happy...pandai pulak tu nak tunjuk apa yang dia buat...nak bagi tau dia hebat la tu....

dah bosan main lego tu...biar begitu saja...ibu jugak yang kutip,simpan dalam bekas,fira tukang sepah boleh la...

tengok tu,siap sendal kat bantal lagi,nak bagi lego tu tengak...

MACAM NI KE RUPA SEBENAR ANGY BIRD

sekarang ni pulak dia dah ketagih ngan handset aku pulak....dah dapat terus buka game angry bird dia tu...kalau bosan dia main game bowling la,fire la...yang aku kagum fira main snooker...terkejut aku...dalam hati tergelak-gelak tengok gelagat fira..budak zaman sekarang,dah terlampau bijak...susah nak larang..nakal kemain..

Ni la game yang fira main hari-hari..
kalau bosan-bosan,syok jugak layan game ni...santai kot bagi aku...

Friday, October 14, 2011

syafira dengan angry birds kesayangan!

assalamualaikum semua...sekejap je dah hari jumaat,esok cuti balik kg halaman aku...bestnya,rindu semua orang kat sana,sekejap jugak nak tahun depan...hmmm hari semakin tua,tapi umur stay muda ye..hehe,ok hari ni aku nak cerita pasal fira dengan angry bird...dia sangat suka kalau ayahnya beli angry bird baru...hehe nak katakan semua color dah ada...baru-baru ni beli lagi yang color biru...apa lagi si kecik melompat-lompat keriangan (tu aku yang cakap)..

time mula-mula beli,asyik keluarkan dalam bilik je...pastu tunjuk-tunjuk kat orang...macam dia sorang je ada..huhh tu la perangai syafira masa kecil,kalau dah besar harap-harap jangan jadi begitu...jadi budak yang baik ye anak ibu...jangan nakal-nakal...pastu kalau nak balik kampung pulak,semua angry bird dia hangkutnya...aku cakap kat dia "fira tak payah la bawak semua"....bawak 2 je..."...mula dia merungut jugak...lama-lama tu dia ikut jugak cakap ibu dia yang super tak berapa nak hot....hehe...

jom kita sama-sama tengok bird kesayangan fira...jom santai bersama syafira tahar

banyak tak angry bird fira

bird fira semua garang-garang sama cam tuan dia...takutnya ibu...

aik lentok pulak...si kecik aku ni

senyum tak perlu kata apa-apa

love u anak ibu & ayah..mmuuuaahhh...

Wednesday, October 12, 2011

gambar RAYA ( 2011) kami pulak

assalamualikum...hehe,mungkin aku dah terlambat nak letakkan gambar time raya 2011...saja nak wat kenangan di hari tua,dan diwarisi oleh anak-anak aku nanti...eh..eh anak-anak ke,anakpun baru sorang,insyaallah akan datang kalau ade rezeki...raya tahun ni syafira dah 2 tahun...sangat happy..sebab dia dah pandai lompat,berlari,memanjat pokok kelapa,opss...tipu je...raya tahun lepas dah pandai jalan tapi tak sepantas sekarang la...

meh layan gambar raya kami...

di pagi raya (1 syawal/30.08.2011)
fira & sepupu(sufi)

kami 1 family

bermaaf-maafan(terkelu lidah untuk berkata-kata)


Raya ke 2,beraya rumah kakak ipar di sungai nibong
nape mak tak pandang camera...cam wat tak tahu je

dari kiri: adik aku (nazira,dik no,tengah tu kak ipar,pastu adik ila,last sekali anak sapa tu..eh fira rupanya)

ikan gapi aku dah besar sikit...

assalamualaikum dear blogger... hari ni aku nak share pasal ikan belaan aku lah...lama tak cerita pasal ikan yang comel ni...sekarang ikan gapi ni tinggal berlapan dalam aquarium kat office aku ni...aku tengok ada yang besar,ada yang kecik...kenapa ikan aku tak sama besar yerk...padahal aku bagi makanan sama rata... dah lama jugak aku bela ikan gapi ni,sejak lahir hinggalah usia ikan ni dah cecah 6 bulan...ibu & bapak ikan ni dah lama mati,tinggal anak je yang aku masih bela...so sweet...biarlah ikan ni temankan aku wat kerja...

walaupun member-member aku dah keluar dari tempat ni....aku je masih disini juga..belum ada rezeki kat tempat lain...tak tau sampai bila aku disini...kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan semua ni,baik buruknya kita terima seadanya...

jom layan ikan gapi aku yang molek-molek ni...


ni lah aquarium aku...comel tak ko hadoo...

nampak tak ikan yang paling besar tu...

kelaparan,mencari makan

ikan gapi paing besar,yang lain kecik-kecik lagi

Thursday, October 6, 2011

Penyakit Lupa Kembali Lagi

assalamualaikum dear blogger...
nak kongsi kat korang ni...malam semalam aku masuk bilik,fira dah menggelabah...nak tau dia buat apa? dia main purse ayah dia...nak keluarkan duit...akupun cakap kat dia..."ayah!! fira main purse ayah..."fira dah cuak dah masa tu...sempat pulak dia capai duit,pastu dia buang,kenapa fira buang...hehe maybe dia marah kat aku kot....lepas tu aku masukkan balik duit tu,pastu aku belek la sekali purse en suami...pastu aku ternampak lesen...dalam hati baru teringat...:aku rasa lesen aku mati bulan sembilan...cek balik lesen aku...rupanya dah lama mati 23.09.2011...hahaha.....selama ni aku pergi kerja hari2 ulang alik,rupanya bawak lesen mati ...so aku gelak sorang-sorang, nak cakap dengan fira kang tak faham pulak...nasib baik aku tak kena tahan dengan polis..

sebenarnya aku dah check dari awal lesen aku tu....tapi entah macam mana semalam baru teringat...boleh lupa pulak tu...penyakit lupa aku kembali balik la...hihi macam mana nak mengatsinya ni...help me....aku tak sengaja nak lupakan ko lesen..i am sorry...tahun depan aku reminder awal-awal..pasti tak akan lupa lagi....hihi

smile always :)

Bajet 2012,mampukah membantu rakyat dan penjawat awam?

assalamualaikum...hari ni nak share pasal bajet 2011..apakah kebaikkan yang kita dapat selepas pembentangan bajet yang akan disampaikan esok petang oleh Menteri Malaysia kita,mesti rakyat semua tidak sabar nak mendengar pembentangan tersebut.termasuk aku..yelakan kita sebagai rakyat malaysia kita kena tahu jugak apa keistimewaan yang diberi oleh kerajaan malaysia...


*dapat kenaikkan gaji (mampu menolong golongan yang berpendapatan rendah) ke atau 2 bulan bonus untuk penjawat awam...kalau dapat salah satu,pun ok jugak,jangan nak mengomel je...bersyukur apa yang diberi olehnya..

harus letak pict Datuk Seri Najib Razak
naikkan semangat untuk mendengar esok.

* dari segi harga barang jugak tak tahu la naik ke...turun ke...tu kita dengar petang esok..
semoga apa yang dibentang oleh menteri esok,dapat berita baik ataupun sebaliknya.....harap bersabar ye kawan-kawan...