mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Showing posts with label kaki wayang. Show all posts
Showing posts with label kaki wayang. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Raya tak jadi! syok giler,gelak sakan aku dibuatnya.

assalamualaikum dear blogger..bertemu lagi yerk.syukur alhamdulillah..nak share semalam hari yang penuh gelak tawa,tapi dalam kegembiraan,ada terselit rasa sedih,hampa....(tu aku je yang tahu)semalam aku,en suami dan fira tengok wayang kul 2pm...memang best cerita yang digadingkan dengan saiful apek senario & johan raja lawak....memang betul-betul best...sapa yang tengok mesti rasa nak tengok lagi,tapi aku tunggu vcd keluar baru aku beli...sedap der ceritanya...


so apa lagi...sapa yang belum tengok movie ni...pi lah tengok..sapa rasa strees,peras menonggeng bagi couple-couple yang gaduh,terpisah tu...tengok lah movie ni,mesti anda tergelak punya...hahahaaaa....memang best...tapi HANTU BONCENG tak tengok lagi...dah lama pulak cerita tu berlalu..beli cd sudah...

Monday, July 25, 2011

SENARIO The Movie( ops pocot)

assalamualaikum dear blogger...semalam aku,en husband,sweet fira menghiburkan hati menonton wayang cerita ops pocot....korang dah tengok belum...memang kelakar jugak lah...sampai aku tergelak besar...hehehe....en husband pelik plak tengok aku gelak semacam...pe hal entah...biarlah aku gelak, kata tengok cerita lawak kena la happy...takkan muka ketat je...pe barang...sambil aku layan tengok cerita tu,akupun layan jugak si kecik aku tu sekali..kalau aku tak ikut kehendak dia,alamatnya terjerit jerit la dia kang...so layan dua-dua sekali....aku gelak, diapun gelak...ada sesiapa yang belum tengok?! jom baca jalan ceritanya dulu...

Sinopsis Filem Senario The Movie Ops Pocot

Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?

Monday, June 13, 2011

syioknya tengok KL Gangster.....

assalamualaikum semua...hari ni aku nak cerita pasal aku tengok wayang semalam...memang tip top lah cerita tu...asyik gaduh je....tapi zizan memang lawaks lah....kelakar pun hadooo...kalau korang tak caya,cuba lah tengok....sampai-sampai kat wayang,mak aiii....panjang gila beratur orang nak tengok wayang,tak usah lah nak tengok wayang cerita hot,beli dan tengok time tu jugak...memang full,sold out..hehehe...kami dah tau dah...kami pergi beli tiket awal-awal lagi...tak payah nak beratur panjang..confrim mesti banyak tempat duduk yang cun punya....itulah style kami...

cool je aaron aziz ni,kalau kena belasah...*(seth tan dah glamor)

ni babak yang aku paling kesian..abang long fadil(watak dalam cerita ni)zizan kena tikam dengan samsul...ishh..ish dia memang jahat.


memang seronok...fisrt class

Monday, June 6, 2011

best jugak la Xmen First Class

assalamualiakum...semalam on the way dari kampung terus tengok wayang dekat jjusco bukit raja..tengok cerita xmen.tiket dah beli masa hari sabtu....confirm kalau beli time nak tengok hari tu jugak,mesti beratur panjang....nasib baik kami dah beli awal-awal.sampai-sampai dekat panggung wayang,tak boleh masuk pulak,sebabnya ada masalah teknikal,kul 5 baru leh masuk...boleh ke cam tu..so aku,husband,fira n sister pergi la makan kat MCD dulu,sampai nak dekat pukul 5,

pukul 5 berikutnya...masuk dalam panggung...pun tak start lagi ceritanya...fira dak menjerit-jerit bersuka ria main gurau-gurau dengan cik na dia(adik aku)..korang nak tau pukul berapa wayang start..1/2 jam jugak la tercongok kat situ..orang yang dalam panggung macam dah bengang jugak la...aku pun sama..ingat kita tak de kerja lain lagi ke...

ini lah para pelakon hebat x men first class

ini geng baik...

ini geng jahat....

so apa tunggu lagi kawan-kawan,pergi lah tengok cepat...best....