mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

assalamualakum dear blogger...

harap awak sihat..


beberapa hari tak update...


sudah berhabuk blog aku ni...


cian dia yerk...

ala busyuk-busyuk...

jangan la merajuk, nanti..

aku selalu jengok awak dan update sekali..

jom semua join segmen EN BEN lagi...


klik banner untuk join....

sekarang ni macam-macam nak kena buat...

sabar je la...

orang yang banyak bersabar mungkin dapat yang lebih baik dari sekarang...

insyaallah(kena banyak berdoa)...

sabar ye ayu sleeping...

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #3 baik peluk tiang lagi best

assalamualaikum...?
biarlah gambar bercerita...






by

Thursday, June 23, 2011

Musim Aaron Aziz popular

assalamualaikum dear blogger, so sweet...seth tan makin popular....baru aku tau dia ni bukan orang Malaysia...jom baca artikel aaron aziz...


SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.

“Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.

“Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya berjalan serentak di televisyen dan layar perak,” ujarnya.

Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai tetapi ia tidak akan berkekalan.

“Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga kerana musim.

“Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula, cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai pelakon,” ucapnya.

Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan orang lain.


AARON AZIZ dan isteri bakal menunaikan umrah pada bulan depan dan bakal menukar kerakyatan Singapura kepada Malaysia.


“Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak, saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

“Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.

Romantis Aaron

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.

Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan romantis ia sentiasa berbeza.

“Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza,” kata duta L'Oreal Men itu lagi.

Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.

“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

Singapura ke Malaysia


BARISAN pelakon Stanza Cinta bergambar dengan pengarah drama ini. Along Kamaluddin (dua dari kanan).

Cerita bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia aktif berlakon di Singapura selama lima tahun, sebelum meneruskan kerjanya di Malaysia.

Sejak menjejakkan kaki di dalam industri seni Malaysia, terangnya, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan pada tahun 2007 Aaron membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.

Tahun ini, selepas lima tahun di Malaysia, Aaron sekeluarga sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia.

“Saya sudah lama bekerja di Malaysia dan sudah mempunyai ramai rakan dan kerjaya yang stabil di sini. Malah, isteri dan anak-anak saya juga selesa tinggal di Kuala Lumpur.

“Tahun ini, saya sudah jual semua aset saya di Singapura dan bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia. Keluarga saya di Singapura tidak menghalang keputusan saya kerana mereka memahami jiwa saya kini di Malaysia,” jelasnya.

Bagaimanapun, sebelum memohon status penduduk tetap, Aaron dan isterinya Diyana terlebih dahulu akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 13 Julai depan selama 11 hari.

“Ini kali pertama saya akan ke Mekah bersama isteri. Saya memang rasa teruja, kerana tidak pernah ke sana, selama ini pun saya hanya dengar cerita daripada orang sahaja.

“Nanti di sana saya juga ingin berdoa agar permohonan status penduduk tetap saya akan dipermudahkan dan saya akan uruskan proses permohonan itu sekembalinya saya dari Mekah,” tuturnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar drama Stanza Cinta.

sumber: kosmo!

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #3 memek muka Bani(anak buah saya)

assalamualaikum dear blogger..jom layan gambar minggu ni pulak,biarlah gambar bercerita...lagi syiok..!!!


anak buah cik ayu, semuanya comel

Monday, June 20, 2011

"GA Ashraf Sudah 1 Tahun"

assalamualaikum dear blogger yang ku hargai semua...

dan salam kenalan pada pihak penganjur GA(akuamiey)

aku join GA lagi..

klik banner untuk join yerk..

untuk ashraf,ibu fira nak ucapkan selamat hari lahir yang pertama(1

tahun),

jadi anak yang baik dan beramal soleh ye..jangan melawan

cakap ibu bapa pulak kalau dah besar nanti...

Thursday, June 16, 2011

"wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest"

assalamualaikum dear blogger kali ni aku join GA dari wildcutecat..best-best jugak hadiah yang di beri...hehe akupun nak menamg gak..insyaallah...sapa nak join klik banner di bawah,mari semua kita serbu...

baby arissa,chomel

my princess ibu & ayah

nama:Nur Syafira Binti Mohd Tahar
tarikh lahir: 27.08.2009
tahun pic: 2010 tarikh tak ingat la
nama ibu: Rahayu Binti Saparuan

ok siap semua..

Wednesday, June 15, 2011

Thanks Nuffnang,semoga bertambah maju!

assalamualaikum semua,hari ni aku nak cerita pasal iklan yang tengah popular sekarang dikalangan blogger,iaitu nuffnang,kebanyakkan aku baca blog-blog,mesti ada iklan ni...termasuk aku...akupun baru jugak dalam iklan nuffnang,orang kata nuffnang ni lumayan kalau kita pandai buat tarikkan,kalau orang klik kat iklan nuffnang kita dalam blog tu,dapatlah ganjarannya...kalau banyak orang kunjung,lagi banyak kita dapat,tak sia-sia kita berblog...boleh cecah 1k,2k,3k....bestkan...rasa teringin lak,tapi aku ni sapa, nak cecah ribu riban cam tu,dalam mimpi je lah...tapi alhamdulillah dalam akaun nuff aku ada lah jugak duit yang nuff bagi,terima kasih sangat-sangat..kalau banyak leh simpan tuk masa depan anak aku kalau aku dah tua nanti..hehehe..


aku baru tau logo cam orang tengah menjerit tu ada maksud tersendiri,ni pun aku tau dari blogger lain,mintak share ye...sorry kalau marah
Logo Nuffnang tersebut ada ilustrasi orang yang meletakkan tangannya di mulut sambil melaungkan sesuatu.

Ini menunjukkan melambangkan usaha untuk meningkatkan kelantangan percakapan dan juga melambangkan aktiviti kedua-dua pihak blogger dan pengiklan.

ok tu saja..