mari-mari semua

ayu love tahar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my Princess Nur Syafira

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Follwers Mantap

Monday, May 23, 2011

giveaway:siapa nak ole-ole dari sabah dan labuan

assalamualaikum..jom semua join ole2 dari blog zahidahwahid...

ayu sleeping nak jugak....walaupun tak di tag oleh sapa-sapa...

tapi terbaca dalam blog orang lain...

ayu sleeping join yerk

tq very much

nak tag:ezy,cam,juju

tarikh tutup: 31 mei 2011
tepat jam kul 11.59 pm

hari ni kali ke-3,ulang tahun perkahwinan saya


assalamualaikum....hari ni nak share cerita,23.05.2011= genap 3 tahun aku berkahwin dengan my husband dan di anugerahkan 1 cahaya mata yang bernama Nur Syafira..aku gembira hidup bersama mereka,walaupun kami suka cari gaduh,cari pasal tapi kami bahagia sekarang...tak sempurnalah hidup kita,kalau tak gaduh betul tak...

anugerah yang paling berharga dalam hidup kami,tq Allah

aku akan ingat sampai bila-bila tarikh yang bersejarah ni...tak sangka lama jugak kami bersama,sepanjang perjalanan kami selama 3 tahum bermacam-macam kami tempuhi,suka duka,dan selebihnya tuhan sahaja yang tahu.setiap apa yang terjadi pada diri kita,semua ada hikmahnya..percayalah..sebagai manusia di muka bumi ini,kita mesti patuh dengan suruhannya dan meninggalkan larangannya,yang penting kita kena sabar,sabar itulah akan mendapat pulangan yang terbaik pada kita kelak...insyaallah

kat bawah ni sedikit sebanyak detik-detik kegembiraan kami di majlis pernikahan dan persandingan(ulang tayang yerk)

ni time dah nak pergi masjid,akad nikah selepas zohor

ni dah dekat rumah,terima duit mas kahwin rm 80 tunai..sekarang dah naik rm 300.syoknya..asal aku dapat sikit ha!?...heeeeee saja je

dari kiri my mum,husband,my dad,aku kat depan sekali...asal my dad senyum macam tu,maybe tersangat gembira la agaknya..hehe

hari persandingan,time bergambar dalam bilik

ni la pelamin aku,cantik tak!? so simple.....

ucapan untuk diri sendiri dan untuk my husband tersayang

1.semoga ikatan yang kita jalin selama ni kekal hingga anak,cucu,cicit dan seterusnya...
2.semoga keluarga kita bahagia dan hidup aman dan harmoni setiap masa
3.semoga sihat tubuh badan dan di panjangkan umur kita.
4. semoga tuhan akan menambahkan rezeki kita berlipat kali ganda..
5.semoga anak kita mendapat didikan agama dan kasih sayang
6.semoga apa yang kita rancang akan termakhbul juga.
7. semoga kita akan menambahkan lagi ahli keluarga kita dengan izinnya..AMIN..

SEKIAN TERIMA KASIH

HAPPY-HAPPY ALWAYS :P

Friday, May 20, 2011

Lunch dekat the chicken rise shop(Giant Klang)

assalamualaikum...

lik dari giant,bukak blog update untuk ini hari...

tentang apa,tentang makan...

i like nasi ayam...

rasa kenyang giler kot!

macam nak meletop perut aku ni...

tapi belum ketahapnya lagi la...haha

hehee,banyak tak,tak habis aku makan..kenyang gila beb..alamak muka member aku tak nampak la..nampak sekerat je...cian dia....sorry idayu

meh makan dulu.......

Thursday, May 19, 2011

menginap di Hospital

assalamualaikum semua...hari ni baru leh nak cerita selama aku bercuti...macam-macam tejadi kat office...kenapa aku tak hupdate blog...sunyi sepi je....balik-balik entry yang sama.....sabtu malam aku dengan si kecik kena tahan wad,sabtu petang: kesian kat fira...time kat rumah asyik merengek je...tidur bangun,tidur bangun,maybe fira susah nak bernafas sebab dia selsema dan batuk berkahak,pastu nafas dia laju dan berbunyi.......aku sapu vick banyak kali...tak reda langsung...akupun dah naik risau...asyik menangis je..last-last buat keputusan nak call ayah fira,demm,kredit pulak habis...bertambah risau,nasib baik ayahnya balik cepat...siap-siap terus pergi hospital,sampai sana kena tahan la pulak,doktor terus bawa kami di bilik kecemasan...fira nangis kena amik darah,pastu kena sedut oksigen...meronta-ronta tak nak pakai oksigen tu...first time pulak masuk wad...sebelum ni dia sihat je...dalam hati seorang ibu,jangan la ada penyakit,dah la fira kecik lagi...

sementara kami di bilik tu,ayahnya mendaftar nak masuk wad..pastu pergi x-ray pulak....baru masuk wad..doktar kata fira kena jangkitan kuman kat paru-paru,mugkin batuk dia terlalu lama dan berkahak menyebabkan susah nak bernafas dan mudah di serang kuman...sabtu malam masuk, selasa petang baru leh kuar....lama jugak la....bosan pun ada duduk dalam wad tu....asyik kena soal je.....layannnnn......

masa kami di wad 6B katil 23,pastu pindah ke katil 7....boleh pulak pindah-pindah yerk...layan.

ni time malam masuk wad...
tengah syok tidur,letih kot asyik menangis je

pagi esoknya...nurse suruh fira pakai oksigen yang dekat hidung tu
aku tak pakaikan sebab kesian kat dia,last2 aku kena ceramah dengan nurse tu,sabar je la aku..
semenjak tu aku pakaikan oksigen tu..sebab nafas dia tak ok lagi...

puting mesti ada,kalau tak melalak satu wad...segan aku dibuatnya kang...

tidur time,dekadt wad ni lama pulak dia tidur...aku je yang tak tidur2...asyik tengok fira je.... tak sangka kena duduk kat wad..3 hari pulak tu...

ni time dah sihat sikit..mula la turun naik katil...
time ni pening sikit,fira asyik nak main kat bawah je...

tidur lagi...kan aku cakap dia ni kuat tidur kalau kat wad...
maybe sebab ubat jugak la...

dah bangun...tinggal kenangan,hope selepas ni tak akan berulang lagi..
insyaallah

ayahnya suka melayan fira..aku yang suruh husband snap pic..

ni la kisah pahit manis aku di hospital klang(HTAR)...anggap la apa yang terjadi kepada diri aku,anak dan suami aku,adalah satu cubaan dugaan hidup sesebuah keluarga dan menjadi kenangan dalam hidup.

p/s:jangan la biarkan anak anda batuk berlanjutan,kalau batuk cepat2 bagi ubat atau jumpa doktar..kalau tak elok jugak pergi lah hospital...sayangilah anak anda macam mana kita sayang diri kita sendiri...

k.tq kerana sudi baca kisah ayu slepping...

aku datang kembali....

assalamualaikum semua,hope sentiasa sihat....sudah lama aku tak berblog,,sebabnya....aku de peristiwa.......
.
nanti aku ceritakan ye...

Wednesday, May 11, 2011

GEGAR BLOG MEI 2011 #3

assalamualaikum....semalam cuba soalan kumpulan 2,kali ni kumpulan 3....aku gegar semua...
aku suka main teka-teki ni.....


nak menang jugak...

selesai!


GEGAR BLOG MEI 2011 #1

assalamualaikum abg ben...harap ayu tak terlambat...hahaaaa tertinggal...ayu nak menang juga.....


secepat yang mungkin buat entry ni